Menu


Dari portal SuaraTV:

Spekulasi bahawa Datuk Habibul Rahman Kadir Shah sebagai “Bul” yang meminta Raja Petra Kamaruddin membuat akuan bersumpah mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya Saaribu adalah tidak benar.

Beberapa hari lalu Raja Petra menulis, “That was when Ku Li’s “boy”, Bul, came out with the idea to link you and Madam to Altantuya Shaariibbu’s murder. So, a few days later, I came out with that Statutory Declaration linking Rosmah to Altantuya’s murder, saying that she was there the night of the murder..”

Suara.TV menyiarkan gosip politik yang berlegar bahawa “bul” yang dikaitkan dalam tulisan tersebut merujuk kepada individu yang berpengaruh dalam elit politik negara pada zaman Tun Abdullah Badawi dan Mohd Najib Razak.

Suara TV tidak menyiarkan nama Habibul Rahman kerana tidak pasti sama ada gosip terbabit mempunyai kebenaran.

Namun kini Suara TV boleh mendedahkan Bul yang dimaksudkan oleh Raja Petra ialah Datuk Nik Ahmad Azmi Nik Md Daud, Penasihat Kewangan dan Peribadi Tengku Razaiegh Hamzah (Ku Li).

Bagaimanapun Suara TV tidak dapat mengesahkan sama ada benar bahawa Bul yang meminta Raja Petra membuat akuan bersumpah tersebut.

Bagaimanapun Ku Li pernah menafikan beliau mengarahkan Bul menggunakan Raja Petra untuk memnyerang Mohd Najib.






PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman portal SUARATV dengan tajuk asal - Pendedahan Bul Budak Ku Li, Bukan Habibul Rahman. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis portal berkenaan dan pihak azmykelanajaya.com mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak azmykelanajaya.com berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.


 
Top