Menu

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi mengumumkan perubahan kaedah permohonan secara atas talian (online) untuk Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (CBRM) yang terjejas akibat Covid-19.

Menurut beliau terdapat beberapa dakwaan proses kelulusan permohonan agak perlahan dan mengambil masa.

Justeru TEKUN MALAYSIA telah mengubah kaedah permohonan dari google form kepada permohonan terus di portal Tekun yang lebih cepat dan ringkas.

Bermula pada 16 April 2020, PKS boleh permohonan permohonan dengan mengisi borang melalui pautan http://fas.tekun.gov.my/cbrm/.

Dokumen yang diminta juga sangat minimum iaitu:

1. Penyata bank terkini (1 bulan).
2. Salinan MyKad pemohon dan pasangan.
3. Lesen perniagaan SSM/PBT/dokumen lain yang mengesah perniagaan.
4. Salinan salah satu bil utiliti.
5. Menandatangani borang penzahiran (declaration) dan

Wan Junaidi turut menjelaskan antara faktor kelewatan memperoses kelulusan ialah kerana:

1. Dokumen permohonan tidak disertakan.
2. Maklumat borang permohonan yang tidak lengkap.
3. Permohonan bertindih (pemohon mengemukakan permohonan CBRM lebih daripada sekali).

4. Kekangan PKP meminimumkan pergerakan terutamanya staf TEKUN di cawangan-cawangan. Ini kerana pemohon perlu ke pejabat TEKUN cawangan bagi menandatangani surat perjanjian apabila permohonan pinjaman telah diluluskan.

Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM200 juta untuk skim ini. Setakat 17 April 2020, TEKUN Nasional telah menerima sebanyak 7,681 permohonan.




 
Top