Menu

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali menzahirkan rasa syukur dengan keputusan Jabatan Peguam Negara berhubung kes video intim yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.

Menurut Azmin, keputusan tersebut membuktikan kes video seks yang sarat dengan kontroversi itu hanyalah mainan politik fitnah pihak tertentu.

“Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT dan keputusan sebulat suara oleh Timbalan Pendakwa Raya ini membuktikan saya dibersihkan dari segala tohmahan, noktah segala fitnah,” kata Azmin dalam reaksi segeranya ketika dihubungi Astro AWANI.

Pada masa yang sama beliau juga berterima kasih kepada isteri, keluarga dan rakyat di atas segala dokongan dan sokongan sejak enam bulan lalu.

“Ini merupakan permulaan tahun 2020 yang baik bagi saya dan keluarga untuk terus bekerja,” ujarnya.

Terdahulu, Jabatan Peguam Negara berkata, tidak akan membuat apa-apa pertuduhan pada mana-mana pihak berhubung video intim yang dipercayai yang pernah dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet seperti yang tular beberapa bulan lalu.

Menurut Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, tiada pertuduhan yang boleh dibuat berhubung dengan kes video seks itu.

Pada Jun lalu, negara digemparkan dengan penyebaran sedutan video sepasang lelaki mengadakan hubungan intim.

Haziq Abdullah Abdul Aziz yang ketika itu merupakan Setiausaha Kanan Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat pengakuan secara terbuka yang dia merupakan seorang daripada pelaku dalam video itu.

Dia juga mendakwa, pasangannya dalam video intim itu ialah seorang menteri kanan yang juga pemimpin tertinggi parti politik.

ASTROAWANI

AAKJ: habis tu haziq balun siapa?


 
Top