Menu

Kini tiba giliran Ahli Majlis Tertinggi BERSATU, A.Kadir Jasin pula menegur tindakan Latheefa Koya dan SPRM yang mendedahkan pita rakaman peribadi bekas Ketua negara kepada media dan umum.

Kadir juga berkata tindakan itu boleh membuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada badan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

"Jangan didedahkan untuk buat ribut dan sensasi saja. Wajib siasat dan ambil tindakan. Kalau tidak orang tak percaya."

"SPRM boleh hilang kewibawaan malah boleh dituduh buat fitnah." ujarnya di Facebook

Awal pagi tadi juga peguam terkemuka yang juga peguam Tun Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang dilakukan oleh Latheefa Koya dan SPRM adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Baca di SUMBER


 
Top