Menu

Penyiaran rakaman perbualan telefon antara dua puluh individu berhubung dakwaan konspirasi pecah amanah, salah guna kuasa, serta pemalsuan bahan bukti didakwa termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dilihat tidak beretika dan dikesali.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, yang juga Pengerusi Biro Guaman DAP, Ramkarpal Singh berkata, beliau secara peribadi menganggap tindakan itu tidak berpelembagaan, dan tidak boleh disokong kerana ia jelas mencerobohi hak asasi manusia.

Ramkarpal berkata, itu semua adalah tugas hakiki mahkamah, bukan media atau mana-mana agensi yang bertanggungjawab melakukan siasatan.


Baca di SUMBER


 
Top