Menu

Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin yang diketahui umum orang kuat Azmin secara terbuka menyerang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang katanya, gagal menguruskan parti dengan baik serta melakukan lantikan pimpinan yang tidak sepatutnya.

Zuraida juga menyerang Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismai yang dilantik presiden parti kerana dakwanya gagal menguruskan parti.
Dalam perkembangan sama, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut berkongsi pertemuan empat mata dengan Anwar selepas menghantar empat surat untuk bertemu dengan presiden bagi membincangkan soal parti.

“Saya dipanggil presiden berjumpa tiga empat bulan lalu. Ketika pertemuan Anwar mula bercerita mengenai video (semburit) dengan mendakwa ia adalah Azmin kerana polis dah sahkan. Cakap kasihan pada Azmin, saya suruh dia tolong.

“KALAU kami dipecat, saya dan (Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri) Mohamed Azmin Ali dah bersedia.

“Kami rela dikorbankan demi parti keadilan (PKR) kerana nak bawa ke landasan yang betul,” kata Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.

Reaksi itu diutarakan Zuraida ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, sebentar tadi.

Zuraida yang diketahui umum orang kuat Azmin secara terbuka menyerang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang katanya, gagal menguruskan parti dengan baik serta melakukan lantikan pimpinan yang tidak sepatutnya.

“Saya tahu ucapan kita malam ini direkod, saya nak presiden dengar kerana saya berharap beliau akan berubah dan mendapat semula kebijaksanaan beliau untuk letak parti di landasan betul.

“Saya dah jalankan tugas untuk menegur dan perkara-perkara yang mengaibkan saya tak boleh cerita tapi saya dah jalankan tugas saya. Saya tak mahu dipersoalkan Allah kenapa tahu tapi mendiamkan diri.

“Saya iringkan doa buat presiden supaya mati dalam kebaikan (husnul khotimah) bukan dalam keburukan,” katanya.

Zuraida dalam ucapannya juga menyerang Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismai yang dilantik presiden parti kerana dakwanya gagal menguruskan parti.

Dalam perkembangan sama, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut berkongsi pertemuan empat mata dengan Anwar selepas menghantar empat surat untuk bertemu dengan presiden bagi membincangkan soal parti.




 
Top