Menu

Peguam Negara, Tommy Thomas berikrar mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawainya yang telah memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Ini berlaku selepas pegawai Jabatan Peguam Negara mencabar keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi dan kerani bank, Johari Mohamad atas tuduhan di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia).

"Saya tidak sedar bahawa rayuan difailkan. Saya tidak mengarahkan pegawai saya untuk merayu kes ini.

"Ini keingkaran yang jelas. Saya akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka yang bertanggungjawab, "katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, The Edge memetik Thomas sebagai berkata keputusan telah dibuat untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan tersebut dan keputusan itu telah disampaikan kepada pegawai yang berkenaan.

Beliau akan membatalkan rayuan itu pada Isnin.

Terdahulu, Rafizi mengkritik Thomas selepas dimaklumkan oleh peguamnya bahawa Jabatan Peguam Negara telah membuat rayuan untuk membatalkan keputusan tersebut.

Beliau dipanggil untuk menghadiri pengurusan kes bagi prosiding akan datang di Istana Kehakiman pada 9 Mac tahun depan.

Rafizi memberitahu Malaysiakini Thomas mempunyai hak sebagai Peguam Negara untuk membuat rayuan berkenaan.

Namun katanya, langkah meneruskan dakwaan bermotifkan politik daripada pentadbiran sebelum ini adalah bertentangan dengan pelantikan Thomas untuk melaksanakan pembaharuan.

Bekas anggota parlimen Pandan itu juga berharap Thomas akan melakukan tindakan sama terhadap ahli keluarga bekas menteri Shahrizat Abdul Jalil yang terbabit dalam kes National Feedlot Corporation (NFC) ke muka pengadilan.

Pada 15 Nov lalu Mahkamah Tinggi Shah Alam mengetepikan sabitan terhadap Rafizi dan bekas kerani Public Bank Johari Mohamad kerana melanggar akta Bafia dan membebaskan serta menggugurkan tertuduh daripada hukuman penjara 30 bulan yang dikenakan sebelum ini.

Terdahulu kedua-duanya dijatuhkan hukuman berkenaan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 7 Februari 2018 selepas Hakim Zamri Bakar mendapati mereka bersalah kerana mendedahkan data perbankan dari akaun NFC.

Untuk rekod, Bafia telah dimansuhkan pada tahun 2013.

Kedua-dua mereka didakwa pada 2012 kerana melanggar Seksyen 97 Bafia bagi pendedahan empat akaun milik NFC dan Mohd Salleh Ismail, yang merupakan suami bekas ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil.

sumber Malaysiakini

Aakj: Anda tak rasa pelik? Baca para ini:

Namun katanya, langkah meneruskan dakwaan bermotifkan politik daripada pentadbiran sebelum ini adalah bertentangan dengan pelantikan Thomas untuk melaksanakan pembaharuan.

Apa maksud Rafizi pembaharuan? Apakah pembaharuan bermakna boleh buat atau lepaskan pesalah atau penjenayah sesuka hati?


 
Top