Menu

Proton bakal mencatatkan keuntungan tahun ni selepas bertahun-tahun kerugian, berpuluh billion bailout, grant dan sebagainya.

Masih ingat lagi, sebelum PRU14 Mhathir, DAP, Pakatan Harapan bukan main hentam usahasama ni.

Selain kejayaan menaikkan jualan mostly sebab X70, Proton juga berjaya menurunkan 30% kos part drpd vendor-vendor proton. Rupa-rupanya vendor menjual part 30% melebihi harga pasaran kepada proton.

Masa tu, media bantai proton kononnya pemilik baru drpd China cuba mengacau periuk nasik vendor tempatan dan nak guna supplier drpd China.

Kemudian Proton promosikan service centre mereka dinaiktaraf drpd 2s kpd 4s yg memerlukan pelaburan modal daripada pengusaha vendor.

Masa tu juga media bekap pengusaha kononnya menindas dan memaksa pengusaha service centre proton untuk upgrade kpd 4s.

Kerjasama Proton-Geely ni tak akan terhasil jika ianya tak dimaterialisasikan oleh DS Najib Razak.

Masa tu kerajaan Barisan Nasional paksa Proton supaya cari rakan pakar untuk bekerjasama sebelum kerajaan meluluskan pemberian RM1 billion softloan untuk Proton.

Kemudian kerajaan BN masa tu berpuas hati dgn plan jangka panjang Geely dengan hanya memerlukan 49% pegangan. (Syarikat lain semua nak lebih daripada 50% kalau nak transfer of technology)

Kalau kita asyik dengar cakap Mhathir dan media, sampai mamposlah proton kena perah, vendor markup 30% lebih daripada harga pasaran dan proton rugi tiap-tiap tahun dan teknologi Mitsubishi Mahathir tu tak sampai-sampai.

P/s kedai roti The Loaf pun rugi tiap-tiap tahun, tak pernah untung. Fikir-fikirkan lah.



 
Top