Menu

IKLAN


Sedang berlegar dan viral di ruang 'whatsapp grup' tentang isu tender 
Bot Fast Interceptor Crafts (FIC) untuk TLDM. 

Pelbagai persoalan timbul berikutan kejanggalan kaedah atau proses perolehan tender.

Sebagai Menteri Pertahan, YB Mat Sabu wajar menjelaskan isu yang sedang hangat diperkatakan ini:-

Yang sedang tersebar;

Esok Mohd Sabu akan bentang Kertas Putih Pertahanan.

Mohon Ahli Parlimen mencelah tanya mengenai Tender Bot Fast Interceptor Crafts (FIC) untuk TLDM

Khabarnya Sebanyak 64 syarikat telah hadir Taklimat Tender yang diadakan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 25 Jul 2019. Tender tersebut tidak mengenakan syarat taraf limbungan pembina kapal tetapi taraf syarikat trading yang berdaftar dengan Kem Kewangan sahaja dengan syarat khas bidang persenjataan.

Tender telah tutup pada 3 Ogos 2019 di mana 44 syarikat telah turut serta. Namun 3 syarikat telah terkeluar disebabkan terlewat serah atau tidak lengkap sampul serahan.

JPTT telah bersidang susulan itu dan pada awalnya telah menyokong 10 syarikat berdasarkan penilaian berdasarkan Jadual Pematuhan. Semasa penyediaan deraf Laporan Penilaian JPTT, YDP telah meminta setiap Ahli menandatangani mukasurat tandatangan tanpa disertakan isi kandungan Laporan JPTT, dengan alasan dia akan kemaskan laporan tersebut dengan Setiausaha JPTT.

Seterusnya YDP dan Setiausaha telah mengemaskan deraf Laporan Penilaian JPTT tersebut dan telah membuat pindaan yang drastik di mana hanya 4 syarikat telah disenaraipendekkan, dan bukan lagi 10 syarikat sepertimana persetujuan awal JPTT. Dan 4 syarikat tersebut adalah syarikat yang tidak tersenarai dalam 10 syarikat yang disokong oleh semua ahli JPTT. Pindaan tersebut tidak dirujuk dan dibincang dengan ahli JPTT yang lain, dan mukasurat tandatangan mereka telah dimuatkan ke dalam Laporan Penilaian JPTT yang rasmi.

Perkara tersebut telah diketahui oleh Pegawai Bertanggungjawab di Bahagian Perolehan yang telah memanggil YDP untuk penjelasan. Namun YDP telah bertegas dengan pendirian beliau seperti yang terkandung di dalam laporan akhir JPTT.

Dari maklumat yang diketahui dan dimaklumkan dari sumber dalaman, adalah jelas tender tersebut telah dikompromi dari dalam. Penilaian yang dilakukan telah menjurus untuk memenangkan syarikat tertentu. Kemungkinan JPTT telah mengenepikan kriteria di dalam Jadual Pematuhan adalah besar demi untuk memenangkan suatu syarikat tertentu. Langkah YDP menghendaki Ahli JPTT menandatangani mukasurat kosong adalah tidak beretika, manakala langkah meminda deraf Laporan Penilaian JPTT dengan memasukkan 4 syarikat baru adalah tergolong dalam kes pecah amanah. Jelas di sini laungan YAB Perdana Menteri dan kesungguhan SPRM untuk menghapuskan rasuah di kalangan kakitangan awam tidak dipedulikan oleh mereka malah tiada perasaan takut atau bersalah. Perkara seperti ini mestilah dibendung hingga ke akar umbi dan pesalah dibawa ke muka pengadilan. Manakala sebarang tender yang telah dikompromi, seperti Tender FIC TLDM ini mestilah ditenderkan semula.




PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari 'whatsApp grup'dengan tajuk asal Esok Mohd Sabu akan bentang Kertas Putih Pertahanan. Segala isi kandungan ini adalah dari beberapa 'whatsApp Grup' dan pihak azmykelanajaya.com mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak azmykelanajaya.com berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.


 
Top