Menu

IKLAN

DAP akan lakukan apa sahaja. Bermula gula-gula peruntukan Sandakan. Isteri mendiang Datuk Stephen Wong guna kematian sebagai simpati manakala anaknya calon DAP kempen lawat kubur orang Islam untuk simpati.

SANDAKAN: Seperti dijangka isteri mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt, Datin Chong Mee Fook akan menggunakan modal kematian suaminya dalam kempen PRK Sandakan.

Tiada apa yang baru dalam DAP selain mewariskan kerusi parlimen kepada anaknya Vivian Wong yang nampak berucap pun tak pandai dan banyak dibantu oleh DAP.

Ibunya Datin Chong Mee Fook juga terpaksa membantu dalam kempennya. Hadir dalam kempen DAP, berpakaian serba hitam, Mee Fook meminta semua hadirin terus menyokong mendiang suaminya dengan mengundi anak bongsu mereka, Vivian Wong Shir Yee pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, 11 Mei ini.

“Kematian mengejut suami saya pada 28 Mac sememangnya menyakitkan. Dia bukan saja meninggalkan isteri dan anaknya, tetapi kita semua.

“Saya harus berterima kasih dengan DAP Keningau yang menyedarkan saya dan anak (Vivian) pada awal April. Mereka kata, ‘Vivian bawa ibu kamu keluar, tiada guna menangis, buat sesuatu’,” katanya.

Katanya, masih banyak kerja yang belum diselesaikan mendiang dan Vivian komited untuk meneruskan kerja Tien Fatt.



Vivian dalam kempennya menyeru anak muda agar mengundinya kerana beliau berjanji member peluang pekerjaan kepada anak muda.

“Sebahagian besar kita (belia) ada ijazah, namun tiada pekerjaan kerana ekonomi yang tak bagus, tiada peluang kerja.

“Jika anda undi saya, anda bukan saja undi saya tetapi semua belia. Berikan orang muda harapan baru,” katanya.



Dalam kempen PRU14 lalu PH menjanjikan lebih 1 juta pekerjaan, termasuk kerajaan Warisan sebelum ini berjanji beri peluang pekerjaan.

Bagaimanapun setahun PH memerintah nampaknya ekonomi makin teruk, kos sara hidup terus naik walaupun GST dihapuskan, hapus PTPTN untuk anak muda menjadi bahan ‘kencing PH’.

Langkah Vivian Wong seterusnya untuk meraih simpati ialah menziarahi kubur orang Islam di Sandakan yang dilihat sebagai kempen keterlaluan membelakang adab Islam melawat kubur.

Langkah itu ditegur netizen sebagai kempen biadap yang keterlaluan
-sabahkini2


 
Top