Menu

Hasil carian imej untuk masalah air selangor
1. Orang susah bangun pagi dapat mandi air percuma. Orang kaya bangun pagi pun dapat air percuma. itu pun selalu ada masalah sebab pengurusan air sangat2 lemah.

2. Bila naik bas smart Selangor, penuh warganegara asing. MB Selangor pun dah mengaku. http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/selangor-kl/sukar-sekat-warga-asing-naik-bas-percuma-1.513142

3. Gaji Bulanan MB, Speaker, Exco & wakil2 rakyat Selangor meningkat sehingga 283%. Menteri Besar dapat gaji  RM29,250 sebulan, bertambah dari RM 14,175. Speaker Dewan dapat gaji RM 22,500 sebulan, bertambah dari RM6,109. Sementara rakyat biasa pula hanya dapat Kad Peduli Sihat. Yang diberitahu, utk keluarga bergaji bawah RM 3000 terima rawatan RM500 setahun. Untuk individu yg bergaji bawah RM 1500, terima rawatan RM 200 setahun.

TETAPI yang tak diberitahu,  had maksimum RM50 utk setiap satu rawatan di klinik swasta. Kalau setiap bulan sakit 1 kali, darab 12 bulan..dah RM600. Lebih baik pergi ke klinik & hospital kerajaan..cuma bayar RM1

4. Nak mohon Kad KISS punya susah, ditolak bulat2 oleh Kerajaan Negeri walaupun bergaji bawah RM 2000. Berat sebelah. Alasannya, pemohon dah terima BR1M, zakat atau bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Indah khabar dari rupa.

5. Yang diceritakan, cukai pintu RM0.00 Yang tak diceritakan, ia bermula hanya pada 2016. Tetapi Cukai pintu naik juga, 400%. Contoh di Kuala Langat, dari RM 52.80 (2017) kepada RM 508.40 (2018)..tak cukup dgn itu, cukai Rumah Orang2 Tua, Pusat Penjagaan Kanak2 dan Kediaman OKU juga dinaikkan. 

Selain tu, cukai lesen perniagaan pun turut dinaikkan. Subang Jaya (naik 400%), Kajang (naik 282%), Petaling Jaya (naik 120%). Apa lagi? cukai untuk 90 jenis lesen2 niaga pun dinaikkan 300% dari 2008 hingga kini.

6. Khairat kematian Selangor. Kononnya ingin memberi, tetapi tiada keikhlasan dan kesungguhan. Punya lah susah nak mohon, syarat2 sangat ketat. 
-umur 60 tahun ke atas 
-lahir & menetap di Selangor 
-tinggal di Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun
-lahir di KL sebelum 1974 & menetap di Selangor/KL. 
Kenapa dana ni disalurkan melalui akaun peribadi wakil2 rakyat Pakatan Harapan. Di mana ketelusan? https://m.malaysiakini.com/news/373398

7. Mana janji Pendidikan Percuma yang dicanang dulu dalam manifesto PRU13??

**oh, apa sudah jadi dengan Rumah Mampu Milik Selangorku? Ada jiran beritahu, 9 projek dah dibatalkan.

#betterselangor
#tawanselangor
#suararakyat
#kembaligemilang


 
Top