“Dia (Dr. Mahathir) memilih Langkawi kerana tidak yakinlah bertanding di Kubang Pasu, tempat dia sendiri. Apa-apa pun, itu hak dia, kita tidak mahu pertikai,” katanya ketika ditemui selepas program soal jawab ‘anda tanya Pas jawab’ di Guar Sanji di sini malam tadi.
Beliau diminta mengulas pengumuman Dr. Mahathir untuk bertanding di Parlimen Langkawi sekali gus mungkin akan tersenarai sebagai calon tertua dalam PRU-14.
Pencalonan ahli politik berusia 93 tahun itu sememangnya sudah dijangka bagi membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri sementara jika gabungan pembangkang PKR itu memenangi PRU-14.
Dalam perkembangan berkaitan, Idris berkata, tindak-tanduk Dr. Mahathir yang sering menyerang Pas adalah disebabkan rasa dendam bekas Perdana Menteri itu selepas Pas tidak mengikut telunjuknya.
Katanya, Dr. Mahathir juga menyimpan rasa dendam itu selepas pernah tewas kepada calon parti itu dalam pilihan raya umum pada tahun 1969.
“Dia marah dengan Pas sebab dia tidak boleh membentuk Pas selain Pas tidak mengikut telunjuknya ketika semua parti lain dalam pembangkang tunduk.
“Seperti biasa, Dr. Mahathir ini tidak boleh orang sekat kemahuannya. Sifatnya, dia mesti capai kemahuan, siapa tidak ikut akan menjadi musuh,” katanya.- UTUSAN ONLINE