Menu


Rabbi “GANAS” Yitzhak Shapira dari Israel, pengasas gereja Ahavat Ammi, pernah datang ke Tanah Air kita. Rabbi ini datang untuk satu program 4-hari di gereja Grace Assembly.


Gereja Ahavat Ammi Ministries ini adalah jenis “Messianic Jewish” yang ingin menyebarkan nama Yeshua kepada orang Yahudi (mendakyah Kristian kepada orang Yahudi). Ini adalah untuk tujuan kedatangan Jesus Christ sebelum Kiamat nanti (Jesus second coming).


Ajaran yang dibawa oleh Rabbi Shapira adalah selari dengan gerakan Kristian Zionis yang GANAS, yang mahukan Raja Zion (King of Glory – Jesus Christ) mentadbir Kerajaan Kristian Sedunia (Kingdom of Glory).

Dalam satu video ceramahnya di sebuah gereja di Amerika Syarikat, Rabbi kelahiran Israel ini menceritakan bahawa sekembalinya dia ke Israel, setelah tamat pengajian di Amerika Syarikat dan oleh kerana bidang kemahiran khusus yang dia menerima, dia ditempatkan di sebuah agensi penting rejim Zionis Israel (yang dia kata dia tidak boleh sebut nama agensi tersebut).

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam semasa majlis di Malaysia. Dalam gambar-gambar ini jelas melihatkan betapa mesranya paderi pemilik Pusat Latihan Bolasepak Brazil berpelukan dengan Rabbi “GANAS” Shapira. [baca lanjut: Brazil Footbal Centre Subang Jaya]Lihat juga BENDERA ISRAEL dikibar bangganya.

[Memang ada beberapa gereja di Malaysia yang mengibarkan BENDERA ISRAEL dalam majlis-majlis mereka – baca: Bendera Israel Dikibar Di DALAM GEREJA Di Tanah Air Kita !!!]

Gambar-gambar ini dan liputan sebegini saya perolehi dari laman dan portal luar negara (setakat ini sukar diperolehi dari laman gereja tempatan).




Persoalannya sekarang, kenapa Rabbi yang menyebarkan fahaman GANAS ini dijemput oleh sesetengah gereja di Tanah Air kita. Menjadi persoalan juga, lebih 1,000 orang mengikuti programnya yang diadakan di gereja Grace Assembly di Petaling Jaya, Selangor, apakah mereka ini sudah menerima pendekatan GANAS Rabbi Shapira?

Perhimpunan tersebut turut disertai oleh lebih 100 paderi termasuk dari 20 buah pelbagai negara. Tanah Air kita ditumpukan kerana negara kita adalah pusat kepada “Pintu Gerbang Emas” (Golden Gate) yang akan menghubungi dengan negara haram Israel.

Kenapa saya katakan Rabbi Shapira ini GANAS?

Rabbi GANAS ini pernah menulis sebuah buku “The King’s Torah”, pada tahun 2009, yang membolehkan orang Yahudi untuk memBUNUH orang bukan-Yahudi – termasuk BAYI kecil. Buku-bukunya disebar oleh kumpulan GANAS Rabbi Meir Kahane.




Rabbi GANAS ini turut dikaitkan dengan pembakaran sebuah masjid di Tebing Barat. Malah maklumat di Wikipedia banyak memberi rujukan kaitan Rabbi GANAS dengan beberapa aktiviti keganasan Yahudi.

Baca tentang Rabbi GANAS ini, dalam Wikipedia, dikaitkan dengan beberapa keganasan termasuk memukul remaja Arab, membakar masjid.

Amatlah BAHAYA, pengganas seperti Rabbi GANAS ini dijemput dan mempunyai pengikutkan di Tanah Air kita.

Evangelis Kristian di Malaysia membesarkan serta menyambut peristiwa kota Jerusalem dirampas oleh Rejim Zionis ISRAEL -baca: Jerusalem Jubilee (1967) Lawan Memperingati Nakbah (1948)


Dari SUMBER


 
Top