Menu

Ternyata proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah pada zaman sekarang jauh berbeza dengan dahulu. Jika dahulu para guru sangat dihormati dan disegani oleh pelajar-pelajar dan para ibu bapa, namun lain pula situasinya zaman ini. 

Baca juga: 

Senario para pelajar dihukum atas kesalahan yang dilakukan adalah perkara biasa suatu ketika dahulu. Kesalahan yang biasa pelajar lakukan antaranya, masalah disiplin, tidak menyiapkan tugasan yang diberi, nakal dan bermacam-macam lagi.



Namun, tiada pula kes ibu bapa datang ke sekolah dan memarahi guru yang menghukum anak-anak mereka. Malah para pelajar tersebut akan dimarahi oleh orang tua mereka kembali. Kepercayaan yang diberi kepada para guru sangat menebal.

Tapi, lain pula situasi zaman sekarang, guru akan dipersalahkan atas kesalahan yag dilakukan oleh para pelajar. Guru tidak berhak untuk menghukum pelajarnya. Jika dia melakukan sebaliknya, terpaksalah guru tersebut berdepan dengan ibu bapa pelajar itu.

Media social dijadikan sebagai medium untuk ibu bapa zaman sekarang berdepan dengan guru. Seorang guru diserang melalui laman social ’Whatsapp’ kerana prestasi anaknya teruk.Tidak berpuas hati dengan prestasi anaknya di dalam pelajaran, ibu ini mengambil pendekatan untuk bertanya sendiri kepada guru kelas.




Namun pertanyaan yang diutarakan kepada guru terbabit seolah-olah meletakkan semua kesalahan di bahu guru tersebut. Pertanyaan yang dianggap biadap dan melulu itu mengundang rasa tidak puas hati dan reaksi pelbagai netizen.

Cikgu berkenaan menjelaskan mengapa prestasi anak wanita tersebut merudum.





Rata-rata netizan turut meluah rasa tidak senang hati dan tidak bersetuju dengan tindakan ibu bapa pelajar terbabit yang menyerang guru tersebut tanpa usul periksa dan terlalu percayakan anak-anak mereka. –MYNEWSHUB.CC


 
Top