Menu

‘Dia dah tua, tak perlu siasat’
Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan polis yang merakam percakapan Dr Mahathir berhubung tulisan di blognya, Nazri berkata, pihak berkuasa tidak perlu berbuat demikian memandangkan beliau telah tua. 


Baca juga:

Malah kata Nazri lagi, Dr Mahathir kini berhadapan dengan ‘karma’ apabila sebelum ini didakwanya cuba menjatuhkan Tunku Abdul Rahman, dan bekas perdana menteri keempat itu kini pula berhadapan perkara yang sama.

“Dia dah tua, tak perlu siasat, lantak dialah, (Mahathir) kalau dia nak baling batu kat tingkap pun, tingkap tak pecah, jadi tak payah.

“Lantaklah orang tua ni lama-lama dia nyanyuk sebagaimana dia telah dulu menderhaka kepada Tunku Abdul Rahman, sekarang dia jadi orang tua yang dihina oleh sebahagian masyarakat kita… dia kata macam-macam (pada Tunku Abdul Rahman) sekarang dia orang tua yang dihina pula, itu karma,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mengesahkan kehadirannya di perhimpunan tertutup untuk mendesak pengunduran Najib pada 27 Mac ini sekiranya dijemput Nazri berkata:

“Pergilah, dia dendam dengan Najib, dia nak turun-turunlah.. lantak pi lah, dia dah tua bukan boleh buat apa pun, dia setahun cuba (jatuhkan Najib),’ katanya yang tidak yakin Dr Mahathir akan berjaya menjatuhkan Najib.


Baca seterusnya di SINI


 
Top