Menu

Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Shuhaimi Shafiei mempertahankan pemasangan beberapa papan iklan di negeri itu yang menggesa pembebasan bekas ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

Ia berikutan majoriti rakyat sudah mula bertanya dan melahirkan rasa tidak puashati dan Umno mendakwa kerajaan negeri menghina mahkamah kerana membenarkan pemasangan papan iklan tersebut.

Baca juga: 


Bagaimanapun, Shuhaimi bertegas tanpa sebagarang sokongan fakta bahawa tidak ada yang salah mengenai papan iklan menggesa kebebasan Anwar, yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada Februari tahun lalu selepas disabitkan atas tuduhan liwat dan seperti biasa pembangkang kekal pertahankan walaupun pahit bahawa tuduhan yang didakwa oleh Anwar sebagai bermotifkan politik.

Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda, cuba berbohong kononnya Anwar juga diiktiraf sebagai tahanan politik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sedangkan hakikat sebenarnya yang ‘menyibuk’ di dalam hal ini adalah Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).


Baca seterusnya di SINI untuk anda lebih faham siapakah sebenarnya sekumpulan manusia PBB ini.


 
Top