Menu

LAZIMNYA menjelang akhir bulan, jentera siber propembangkang begitu aktif hebat menyebar fitnah jahat konon harga runcit minyak petrol dan diesel akan naik sekali gus hasut rakyat segera ‘tumbangkan’ kerajaan zalim BN.

Ini bukan baharu malah sudah popular diamalkan sejak awal tahun 2015 apabila kaedah sistem apungan terkawal dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bermula Disember 2014. 


Baca juga: 



Ini menyaksikan majoriti rakyat ‘termakan’ hasutan dakyah tentera maya pembangkang lantas mereka menyerbu panik semua stesen minyak menjelang tengah malam sebelum hujung bulan macam esok bumi hendak kiamat!

Malangnya kebelakangan ini, mungkin ramai perasan situasi ini bukan sahaja tidak berlaku malah pupus apabila kementerian itu tidak lagi mengumumkan perubahan harga minyak menerusi siaran media lagi akhir tahun lalu.

Keadaan itu menyebabkan tiada lagi pemandangan kesesakan luar biasa di stesen minyak setiap kali hujung bulan kerana harga terbaharu bahan bakar tersebut hanya akan diketahui sebaik 12.01 tengah malam setiap 1 hari bulan.

Dengan pembangkang sendiri pun sedang letih sibuk ‘bercakaran’ sesama sendiri waima Pakatan Rakyat telah dijenamakan semula sebagai Pakatan Harapan, isu kenaikan harga minyak kini tidak lagi menjadi fokus rakyat.

Diburukkan lagi teori bodoh pakar strategi terbaik pakatan, Rafizi Ramli konon harga barang akan jatuh apabila harga minyak jatuh yang terbukti palsu, sebaliknya harga minyak cuma kurang 5% mempengaruhi harga barang.





Terbaharu, susulan kejatuhan berterusan harga minyak global, MYNEWSHUB dimaklumkan harga jualan runcit bahan bakar itu dijangka jatuh lagi untuk Mac ini sekali gus mencatat rekod harga paling rendah dalam sejarah.

Sekadar catatan, petrol jenis RON95 yang mula diperkenalkan kerajaan memansuhkan RON92 pada 1 September 2009 bermula dengan harga RM1.80 seliter dan pernah cecah paras tertinggi RM2.30 pada Oktober 2014 lalu.

Ia sebenarnya pernah dijual murah pada harga serendah RM1.70 pada Februari 2015, namun sumber industri memaklumkan MYNEWSHUB, harga minyak itu yang kini dijual RM1.75 pada bulan ini mungkin turun lagi.

Berdasarkan pergerakan harga jangkaan yang mengguna pakai dua kaedah unjuran iaitu RM1.48 dan RM1.47 masing-masing untuk metod A dan B, harga RON95 kebarangkalian akan dijual sekitar RM1.55 atau RM1.65.

Harga terbaharu itu dibuat dengan andaian harga minyak jenis itu di pasaran antarabangsa akan diniagakan bawah 40 dolar Australia (RM121) seliter iaitu paras rekod paling rendah dalam sejarah sejak Februari 2015.

Jika benar, rakyat Malaysia wajar bersyukur di sebalik ketidaktentuan ekonomi sejagat, harga minyak buat masa ini kekal rendah waima Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC) cuba menaikkan harga bahan bakar itu.

Sekali lagi timbul persoalan, adakah harga barang juga akan turun serentak dengan kejatuhan harga minyak kerana selama ini rakyat dimomokkan dengan teori Rafizi harga barang naik konon sebab harga minyak naik?

– Mynewshub.cc


 
Top