Menu

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said, mengeluarkan kenyataan akhbar (yang anda boleh baca di bawah), yang membangkitkan beberapa perkara yang sangat menarik. 

Baca: 

Saya (RPK) katakan ‘menarik’ kerana kebanyakkan daripada apa yang Azalina sebut telah ditulis oleh Malaysia Today lebih daripada sekali, sejak beberapa bulan yang lalu iaitu dari suku kedua 2015.

Jika anda boleh ingat, Malaysia Today pernah bercakap tentang enam Tan Sri yang terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ada yang telah dihukum sementara yang lain melakukan pusingan U dan menjadi “stool pigeons” atau sedang dalam “purgatory” dalam keadaan cemas menunggu hukuman atas dosa-dosa mereka, tidak tahu sama ada mereka akan pergi ke syurga atau neraka.

Mereka menafikan bahawa terdapat konspirasi dan bahawa mereka juga terlibat dalam konspirasi itu. Ada juga yang berani mengatakan bahawa Malaysia Today berbohong. Ia mungkin mengambil masa setahun atau ia mungkin mengambil masa lima tahun, tetapi walaupun ia mengambil masa sepuluh tahun sekalipun, akhirnya Malaysia Today akan terbukti benar pada akhirnya.

Sebagaimana yang mereka katakan, keadilan boleh ditangguhkan tetapi ia tidak boleh dinafikan. Walaupun 500 tahun kemudian orang-orang yang telah dibuang oleh agama tetap akan dipulihkan. Jadi, pada akhirnya, kebenaran terbukti dan pembohongan terdedah. Itulah karma atau kehendak Allah, atau apa sahaja yang anda percaya. Dan baru-baru ini merupakan karma Muhyiddin apabila beliau terperangkap secara tidak sengaja, Muhyiddin mengaku jenayah yang sebelum ini telah beliau nafikan.

Dengan berbuat demikian, Muhyiddin, dalam masa yang sama, mengaku bahawa konspirasi untuk menggulingkan Najib itu wujud. Jadi boleh kita mendengar sekali lagi daripada cyber-troopers Pakatan Harapan, ANC (Kempen Anti-Najib), dan mereka yang skeptis tentang bagaimana Malaysia Today manipulasi pembohongan dan separuh benar tanpa bukti untuk menyokong apa yang kita katakan?

Anda mahu bukti maka kami akan memberikan anda bukti. Keterangan itu ada dalam apa yang Muhyiddin sendiri akui, yang mana Azalina sangat jelas memberikan butirannya seperti mana-mana peguam yang berwibawa dan berkaliber akan lakukan.

Saya benar-benar tidak perlu menjelaskan lagi apa yang dibentangkan oleh Azalina kerana saya tidak perlu mengulangi apa yang dia kata. Apa yang saya mahu lakukan adalah mengimbas semula apa yang Malaysia Today telah huraikan secara panjang lebar. Perkara ini penting kerana kertas pertuduhan telah digubal pada Mei 2015, ini bermakna sebelum Pasukan Petugas Khas dibentuk lagi.

Draf kertas pertuduhan (yang anda boleh lihat di bawah) telah dibocorkan kepada Sarawak Report untuk diterbitkan. Apabila SPRM meminta penjelasan bagaimana Sarawak Report memiliki sesuatu yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi, mereka berkata bahawa kertas pertuduhan itu adalah palsu. Mereka kemudian membuat laporan polis untuk menyokong cerita mereka bahawa kertas pertuduhan adalah palsu.

Pihak polis menyiasat laporan ini dan menahan seorang pegawai SPRM. Mereka kemudian menyerbu pejabatnya dan merampas komputernya dan menemui satu salinan kertas pertuduhan (yang SPRM telah menafikan kewujudannya) dalam komputer. Jadi kertas pertuduhan tersebut benar-benar wujud.

Jadi, adakah ini satu kertas pertuduhan sebenar atau adakah ia kertas pertuduhan palsu? Jika ia adalah kertas pertuduhan sebenar maka mengapa SPRM menafikannya? Dan kenapa ia digubal sebelum Pasukan Petugas dibentuk dan sebelum siasatan itu bermula? Dan jika ia adalah kertas pertuduhan palsu jadi mengapa tidak ada sesiapa telah ditahan dan didakwa kerana penipuan ini? Dan mengapa ia ada dalam komputer pegawai SPRM yang mereka ditangkap?

Sarawak Report dan Wall Street Journal menulis laporan mereka berdasarkan kertas pertuduhan ini. Bagaimana mereka memilikinya dan siapa yang telah memberikan kepada mereka (dan meyakinkan mereka bahawa ia adalah benar)? Bagi Sarawak Report dan Wall Street Journal yang membuat laporan berdasarkan kertas pertuduhan ini sama ada diberitahu bahawa ia adalah tulen atau mereka juga merupakan pihak yang terlibat dalam penipuan tersebut?Yang mana satu?

Jika kertas pertuduhan tersebut adalah tulen kenapa ia dibuat sebelum Pasukan Petugas dibentuk dan sebelum siasatan bermula. Dan jika ia adalah palsu mengapa ia ada dalam komputer seorang pegawai SPRM yang telah ditangkap dan siapa lagi yang terlibat dalam konspirasi ini dan siapa yang memberikannya kepada Sarawak Report dan Wall Street Journal?

Sebenarnya, ia tidak penting sama ada kertas pertuduhan itu tulen atau palsu. Ia membabitkan pelbagai pihak dalam konspirasi. Dan konspirasi itu wujud apabila dua orang atau lebih bekerja secara terancang. Anda dianggap sebagai milik suatu kumpulan orang yang merancang untuk melakukan jenayah dan itu berlaku apabila konspirasi wujud.

Perkara yang lebih merosakkan apabila Muhyiddin mengakui bahawa dia secara diam-diam bertemu bekas AG, Gani Patail, yang menunjukkan kepadanya bukti. Malah, Malaysia Today telah mendedahkan perkara ini lama sebelum Muhyiddin membuat pengakuan. Jadi Muhyiddin hanya mengaku dengan apa yang kita sudah tahu dan apa yang kita telah dilaporkan.

Kesimpulannya, Muhyiddin, Gani, dan beberapa orang lagi termasuk empat lagi Tan Sri, terlibat dalam komplot untuk menggulingkan Perdana Menteri dengan menggunakan tuduhan palsu dan mereka-reka bukti.

Secara kebetulan, Gani telah ditanya mengenai dakwaan perjumpaan beliau dengan Muhyiddin dan beliau enggan mengulas. Ini adalah kali kedua salah seorang daripada rakan-konspirator telah menuding jari kepada beliau. Kali pertama ketika bekas Timbalan Ketua Cawangan Khas, Hamid Bador, mendedahkan, sama seperti apa yang Muhyiddin lakukan, bahawa Gani telah membincangkan perkara ini dengan dia. Gani begitu marah dia menelefon Hamid dan memarahi beliau. Dan kini, sekali lagi, Muhyiddin telah menuding jari kepada Gani sebagai sebahagian daripada konspirasi.

Jadi bukti-bukti sangat jelas. Muhyiddin memulakan serangan ke atas Najib pada April 2015. Pada bulan Mei beliau bertemu dengan Gani untuk merancang kertas pertuduhan. Selepas kertas pertuduhan telah dibuat maka mereka memerlukan sesuatu untuk menyokong kertas pertuduhan lalu mereka membentuk satu Pasukan Petugas Khas untuk melancarkan siasatan mereka.

Dan jika ini bukanlah satu konspirasi untuk mereka-reka bukti palsu untuk menggulingkan Najib atas tuduhan jenayah maka saya benar-benar tidak tahu apakah ia.

Muhyiddin telah meminta kebenaran didedahkan. Begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pihak lain dari ANC dan pembangkang Pakatan Harapan. Ya, kita juga mahu kebenaran didedahkan. Oleh itu marilah kita mulakan dengan kebenaran tentang kertas pertuduhan.

Jadi beritahu kami perkara sebenar. Plot untuk menggulingkan Najib bermula pada bulan April berdasarkan dakwaan bahawa terdapat bukti beliau telah melakukan jenayah. Kertas pertuduhan yang mengesahkan bahawa jenayah dilakukan telah disediakan selepas itu. Pasukan Petugas Khas untuk menyiasat jenayah ini dan membuktikan bahawa jenayah itu memang dilakukan telah ditubuhkan selepas itu pula.

Sekiranya ia bukan sebaliknya? Sebagaimana yang mereka katakan di mahkamah, “I rest my case, your honour”.

  1. THE DAY GANI PATAIL DUG HIS OWN GRAVE (READ HERE)
  2. NAJIB WAS SUPPOSED TO RESIGN ON 29 JULY 2015 (READ HERE)
  3. MALAYSIA’S FIRST COUP D’ÉTAT (READ HERE)
Kenyataan oleh Dato’ Sri Azalina Othman Said
Feb 27, 2016
1. Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin hari ini berkata beliau telah diberi taklimat oleh bekas Peguam Negara, berkenaan dengan ‘bukti’ dakwaan perlakuan jenayah terhadap Perdana Menteri.

2. Ini adalah satu pengakuan bahawa terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, yang bertentangan dengan amalan proses demokrasi dan keputusan rakyat pada pilihan raya umum lepas.

3. Pertama, hakikat bahawa Peguam Negara secara peribadi memberi taklimat dan berkongsi maklumat undang-undang sulit dengan Tan Sri Muhyiddin yang merupakan ahli Jemaah Menteri dan ahli UMNO yang jelas mempunyai kepentingan, bukan sahaja tidak beretika tetapi juga melanggar Akta Rahsia Rasmi .

4. Kedua, bagaimana mungkin Peguam Negara mempunyai cukup “bukti” untuk mendakwa Perdana Menteri ketika itu, apabila siasatan masih belum dimulakan.

5. Ketiga, adakah ia “bukti” yang sama dirujuk Wall Street Journal apabila mereka mendakwa telah melihat dokumen sulit dan menggunakan alasan ini sebagai asas untuk membuat pelbagai tuduhan terhadap Perdana Menteri.

6. Dalam mana-mana sistem kehakiman, di mana sahaja di dunia, terdapat satu proses standard yang diikuti. Jika terdapatnya pertuduhan terhadap seseorang, pihak berkuasa yang sah akan menjalankan siasatan, – jika mereka masih mempunyai sebab untuk mempercayai jenayah itu telah dilakukan – kertas pertuduhan akan disediakan.

7. Tetapi, dalam kes ini, kertas pertuduhan dikatakan diambil pada bulan Mei 2015 – sebelum Pasukan Petugas Khas dibentuk, sebelum siasatan dimulakan pada bulan Jun 2015, dan sudah tentu sebelum Perdana Menteri diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Disember 2015. Ini membuktikan bahawa terdapatnya konspirasi.

8. Berdasarkan kenyataan beliau, Tan Sri Muhyiddin juga secara tidak langsung mempersoalkan kredibiliti Peguam Negara ketika itu serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

9. Untuk makluman, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada 26 Jan 2016 membebaskan Perdana Menteri daripada sebarang salah laku berkenaan isu sumbangan tersebut. Di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan, ia adalah hak Peguam Negara untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding yang melibatkan kesalahan jenayah. Kuasa budi bicara yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Perkara 145 (3) adalah muktamad dan tidak boleh dicabar atau digantikan oleh mana-mana kuasa, termasuk badan kehakiman. Oleh itu, jika mana-mana pihak tidak bersetuju dengan tindakan Peguam Negara dalam mengendalikan pendakwaan, mereka tidak mempunyai kuasa untuk mencabar keputusan itu. Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa keputusan Peguam Negara itu dibuat selepas siasatan terperinci dari semua sudut pada laporan yang dikemukakan oleh SPRM.

9. Oleh itu, ia seolah-olah menunjukkan bahawa Tan Sri Muhyiddin bukan sahaja melanggar Akta Rahsia Rasmi, tetapi juga bersubahat dalam konspirasi bermotifkan politik untuk memanipulasi dan penyalahgunaan sistem perundangan kita untuk menggulingkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.

10. Mengapa hanya kini Tan Sri Muhyiddin membuat pengakuan sebegitu, sebaik sahaja beliau digantung sebagai Timbalan Presiden? Apakah motif tersembunyi dan agenda beliau? Tindakannya boleh dilihat sebagai bersubahat kerana dia mendakwa mempunyai maklumat mengenai perbuatan jenayah yang didakwa, tetapi tidak melaporkan kepada pihak berkuasa sehingga ke hari ini?

Dato’ Sri Azalina Othman Said
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Malaysia Today





 
Top