Menu

Ratusan komen dan posting di laman sosial Facebook dari kumpulan pro-pembangkang terbukti buta hati apabila terpukau dengan nama Datin Dania Norman dengan gambar profil jelita lantang mengutuk dan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tanpa sebarang bukti.

Pemeriksaan lanjut mendapati gambar yang digunakan kononnya sebagai Datin Dania rupa-rupanya ialah gambar artis dari Pakistan Mahira Khan ketika beliau melawat Universiti Iqra dan Universiti Karachi di Pakistan.

Betapa mudahnya rakyat Malaysia di laman sosial ini tertipu. Carian laman Facebook miilik Datin itu pun gagal sebab pada asasnya memang ia tidak wujud dan hanya diwujudkan identiti itu untuk mengelirukan dan menyemai kebencian orang terhadap kerajaan.

Dakwaan yang dibuat ‘Datin’ itu pun bukannya terbukti dan ada yang sudah pun dibuat keputusan oleh mahkamah.

Carian dengan nama Datin Dania Norman di laman sosial Facebook begitu viral sehingga ada 24,853 akaun Facebook dikatakan berbicara mengenai dia padahal tak wujud pun.

Daripada jumlah itu, ribuan sudah pasti tanpa berfikir panjang atau menyiasat kebenaran dakwaan yang diberikan terus sahaja klik ‘Share’ di Facebook dan dihebohkan kepada semua orang. 




Akaun Facebook palsu yang direka untuk memfitnah.

“Kau bunuh kawan aku dalam flight MH370 yang mana sampai sekarang aku tak tau kat mana dia dan penumpang-penumpang lain berada tapi ‘instinct’ aku kuat dan mimpi seorang ustaz alim tu tak mungkin datang dengan sengaja.

“Allah beri petunjuk pada dia tanpa sebarang hijab, semua mati dibunuh, mati dengan penuh seksaan,” dakwa Datin berkenaan.

Padahal siasatan sudah mendapati bahawa pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) itu terhempas di dalam Lautan Hindi di Australia sehinggalah membawa kepada penemuan bahagian flaperonnya sebelum ini di sebuah pulau di Perancis.

Lupa pula rakyat Malaysia segelintirnya amat gemar agaknya apabila ada yang memaki kerajaan dan pemimpin dengan kata-kata kesat.

Apa yang dicakapkan oleh mereka semuanya akan dianggap benar dan dipercayai tanpa usul periksa.

Kita cerita sikit perihal ‘Datin’ ni mengikut gambarnya yang sebenar… Mahira dilahirkan pada 21 Disember 1982 di Karachi, Pakistan merupakan seorang pelakon.

Dia bukanlah Datin Dania…..



– PRU14.tv


 
Top