Menu

SEJAK semalam, media sosial digemparkan dengan penyebaran audio perbualan seorang budak perempuan yang merintih minta diselamatkan selepas dipercayai diculik.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik salah seorang ahli keluarga mangsa, Nor Amira Atirah Abdul Majid, 14, dilaporkan diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, petang semalam.

“Tolong aku, aku nak balik, diorang culik aku, diorang nak jual aku.

“Dia tutup mulut aku dengan kain, lepas tu aku dah tak ingat apa-apa, lepas tu dah nak sampai tu aku nampak signboard Johor Bahru,” ujar Nor Amira dalam nada ketakutan.

Mangsa dikatakan hanya sempat memberitahu demikian ketika menelefon salah seorang ahli keluarga bagi meminta pertolongan sebelum perbualan terputus.

Berdasarkan rakaman perbualan, mangsa mendedahkan dia telah diculik menggunakan sebuah van berwarna putih namun tidak sempat melihat nombor pendaftaran kenderaan apabila kepala ditutup dengan kain.

Selepas tersedar mangsa hanya ternampak papan tanda menuju ke Johor Bahru 


Menurut Amira, dia tidak keseorangan diculik, sebaliknu mendakwa ramai lagi gadis lain turut berada dalam tahanan, dipercayai untuk dijual.

Sebuah portal pula melaporkan, ibu mangsa menyedari anak perempuannya itu tidak berada di rumah kira-kira jam 10 malam, seterusnya bertindak menghubungi mangsa namun tidak berjaya.

Dalam pada itu pihak polis dikatakan sedang mengumpul maklumat tentang perkara ini msebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. sumber – MYNEWSHUB.CC


 
Top