Menu

MINGGU hadapan sekolah akan dibuka dan buat golongan ibu bapa, minggu inilah saat-saat terakhir yang digunakan untuk mempersiapkan kelengkapan anak-anak agar semuanya lengkap sebelum sesi persekolahan bermula.

Bagi golongan ibu-bapa yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan pula, ia pastinya memberikan cabaran jika tiada melakukan perancangan pengurusan kewangan daripada awal.

Seperti sedia maklum, keadaan ekonomi negara yang agak ‘turun naik’ berbanding tahun lalu, menyebabkan sesetengah golongan ibu bapa menggunakan kembali baju sekolah yang sedia ada demi mengurangkan kos perbelanjaan.

Faham-fahamlah, pengurusan seseorang murid sekolah itu bukan hanya baju sekolah sahaja tetapi kasut, alat tulis, buku sekolah, lencana, yuran dan bermacam-macam lagi.

Mungkin bagi golongan ibu bapa yang kedua-duanya bekerja tidak menghadapi kesukaran, namun bagaimana pula sekiranya hanya ibu sahaja yang menguruskan kesemua anak-anaknya seorang diri?

Seorang pengguna akaun Facebook bernama Nor Idah telah memuat naik sebuah status yang bagi kami agak sayu apabila dibaca.

Menerusi status yang dimuat naiknya, dia meminta pertolongan agar baju sekolah yang telah terpakai jika tidak menginginkannya, boleh lah memberikan kepadanya agar anak-anaknya dapat menggunakan baju tersebut.

Dia yang mencari rezeki dengan menjual kuih muih tidak mampu untuk mencari pendapatan pada bulan ini akibat dirinya yang mempunyai penyakit dan masih belum pulih sepenuhnya.

Kepada anda yang bermurah hati untuk memberikan baju sekolah atau menghulurkan sumbangan, boleh menghubunginya di talian 014 8321480 atau terus melawati Facebooknya.

Bersama-samalah kita memberi bantuan kepada saudari Nor Idah agar anak-anaknya mampu untuk tersenyum di pagi persekolahan 2016 kelak.-MYNEWSHUB.CC


 
Top