Menu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun, 61, menamatkan zaman dudanya dengan memilih gadis berusia 27 tahun, Jacklyne Anthony sebagai isteri, Sabtu lalu.
 
Menurut laporan portal Borneo Post Online, majlis perkahwinan pasangan ini diadakan dalam satu majlis tertutup di Kingwood Resort Mukah, Sarawak.

Dalam majlis itu, Jacklyne berjalan diiringi bapanya, Anthony Bilong sebelum ke upacara pertukaran cincin sambil disaksikan ahli keluarga dan rakan taulan.



Pada sebelah petang, pasangan berkenaan berjalan ke dalam dewan diiringi muzik ‘beraboh’.

Antara yang menghadiri majlis itu ialah Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Adat Bumiputra dan Penan) , Datuk John Sikie, Setiausaha Politik di Jabatan Perdana Menteri, Adriana Chumang Nyambong, setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Dr Richard Will Uban, Pemanca Robert Nanta, ketua-ketua jabatan kerajaan dan pemimpin masyarakat.

Gambar perkahwinan Joseph dan Jackeline tersebar luas di Internet dan ramai yang memuji kecantikan wanita berasal daripada etnik Orang Ulu itu.

Terdahulu, Joseph yang juga merupakan Ahli Parlimen Selangau dilaporkan pernah berkahwin dua kali namun berakhir dengan penceraian.

Hasil perkahwinan pertamanya, Joseph dikurniakan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan. – MYNEWSHUB.CC


 
Top