Menu

PADA satu tengah hari pada 13 Jun 1981, seorang lelaki warganegara Jepun bernama Issei Sagawa telah berjalan ke Bois De Boulogne, sebuah taman awam jauh daripada kota metropolitan Paris,Perancis– dengan membawa dua buah beg pakaian bersaiz besar.

Sagawa dilihat sedang bertungkus-lumus menolak beg-beg tersebut ke dalam tasik, namun tanpa disedari tindak-tanduknya sedang diperhatikan oleh seorang lelaki berhampiran yang sedang berjoging ketika itu.

Curiga dan perasaan ingin tahu terus menguasai lelaki tersebut, dan beliau mengambil keputusan untuk jerit kepada orang di sekeliling untuk mendapatkan Sagawa yang jelas sedang tidak tahu tindakan apa yang perlu dilakukan olehnya selepas ini.

Apabila dua buah beg itu ditarik kembali ke darat dan dibuka, alangkah terkejutnya orng ramai apabila melihat bahawa isi beg tersebut adalah jasad seorang wanita yang telah dikerat-kerat anggotanya!

Mayat wanita malang itu dikenali sebagai Renee Hartevelt, seorang warganegara Belanda yang telah ditembak tepat di kepala sebelum anggota tubuhnya disiat-siat dan seterusnya dimakan oleh Sagawa.


Renee Hartevelt.

Sagawa kemudiannya diberkas oleh pihak berkuasa dan rumah sewanya telah digeledah. Hasil pencarian polis Paris menemui cebisan-cebisan daging manusia di dalam peti ais, yang kemudiannya dicantum kembali oleh para pakar forensik bagi tujuan investigasi.

Menurut beberapa laporan surat khabar Perancis, Sagawa tanpa rasa bersalah telah membuat pengakuan bahawa dia membunuh untuk menjadikan daging Renee sebagai santapan.


Kiri: Jasad mendiang Renee Hartevelt yang dikerat-kerat sebelum dijadikan santapan Issei Sagawa (kanan).

“Saya akui saya mempunyai nafsu yang pelik. Saya dapat merasakan satu kepuasan dengan menggigit dan memakan tubuh wanita jelita,” katanya dalam satu temubual bersama media Perancis.

Dia dan mendiang Renee sebenarnta merupakan rakan sekelas dan menuntut dalam jurusan Sastera di Akademi Sorbonne, Paris.

Pada malam Renee dibunuh, Sagawa telah mengajak wanita itu ke apartmennya untuk membantu lelaki itu mengalih bahasa sebuah puisi Jerman ke bahasa Perancis. Semasa Renee sedang membaca puisi tersebut, Sagawa telah menembaknya daripada belakang, mengakibatkan wanita itu rebah dan mati serta-merta.

Sagawa kemudiannya membogelkan mayat Renee dan terus menggigit bahagian yang paling meliurkannya– iaitu punggung.

Namun, oleh kerana bahagian itu penuh dengan lemak, Sagawa tidak dapat terus memakannya. Dia cuba memotong bahagian itu menggunakan pisau pemotong buah, namun gagal. Resah dengan kegagalan cubaan pertama, Sagawa kemudiannya keluar untuk membeli pisau pemotong daging besar di kedai menjual daging berdekatan.

Akhirnya, dengan hanya satu hayunan, Sagawa berjaya mengerat bahagian yang menggiurkan seperti betis, peha, payu dara dan bibir Renee. Malam itu, Sagawa bersantap bagaikan maharaja dengan mayat rakan sekelasnya!

Berita kanibalisme ini menggemparkan rakyat Jepun dan Perancis, serta terpampang di dada-dada akhbar kedua-dua negara itu.

Jadi, adakah ‘si gila’ ini dihumban ke dalam penjara untuk seumur hidup atau dijatuhkan hukuman mati?

Jawapannya, tidak!


Sagawa yang kini berusia 66 tahun, hidup secara bersedarhana di sebuah apartmen kecil di pinggir bandaraya Tokyo.

Berasal daripada keluarga yang kaya-raya membolehkan bapa Sagawa menggunakan khidmat peguam terbaik di Jepun ketika itu. Walaupun terang-terang seorang kanibal dan pembunuh, oleh kerana kelicikan dan ‘kebijaksanaan’ peguamnya, mahkamah gagal mencari bukti-bukti kukuh berdasarkan sistem peraturan yang termaktub di dalam undang-undang negara Perancis dan seterusnya Sagawa hanya diisytiharkan tidak waras dan tidak sah dibicara!

Sagawa kemudiannya dipenjarakan di Paris. Namun beberapa bulan selepas itu kanibal itu pun dibebaskan dan dihantar pulang ke Jepun atas sebab rakyat Perancis membantah untuk menyalurkan cukai mereka hanya untuk membiaya kehidupan Sagawa sebagai banduan.

Sesampainya di Jepun. Sagawa dengan rela hati memasukkan dirinya sendiri ke dalam Hospital Psikiatrik Matsuzawa di Tokyo, di mana doktor pakar sebulat hati mengdiagnos Sagawa sebagai “jahat, tapi tidak waras”, dan Sagawa telah dibenarkan untuk keluar daripada pusat rawatan mental itu selamanya.

Sagawa yang kini berusia 66 tahun, hidup secara bersedarhana di sebuah apartmen kecil di pinggir bandaraya Tokyo.

Apabila ditanya adakah dia masih mempunyai nafsu pelik iaitu memakan daging manusia, Sagawa berkata hari ini dia telah menukar fantasi seksnya kepada yang lebih ekstrem.

“Saya mahu mati terseksa. (Saya ingin mati) dengan cara dimakan hidup-hidup oleh sekumpulan wanita seksi dan mengghairahkan,” katanya dalam satu perbualan bersama majalah Vice,”Itu adalah fantasi paling ultimate bagi saya waktu ini.”-MYNEWSHUB.CC


 
Top