Menu


RAKYAT Malaysia kini kembali kecoh dengan isu yang dibangkitkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan mengenai cadangannya menyarankan agar rakyat Malaysia melakukan dua kerja demi menjana pendapatan yang lebih.
 

Selama ini, beberapa cadangan Ahmad Maslan yang dilihat “lain daripada yang lain” sememangnya sering menyebabkan nama beliau menjadi sebutan ramai.  

Dan kini setelah menyepi daripada sebarang isu kontroversi Ahmad Maslan kembali mempopularkan namanya dengan isu buat dua kerja untuk jana pendapatan lebih.




Populariti Ahmad Maslan membuatkan namanya jadi sebutan dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk sekawan lelaki yang sedang menikmati makanan di kafe kementerian beliau.

Bagaimanapun menerusi gambar yang kini tersebar di media sosial, seorang daripada mereka dikatakan menahan malu apabila ketika sedang bercakap tentang Ahmad Maslan, bahunya tiba-tiba ditepuk dari belakang… tak lain tak tak bukan oleh Ahmad Maslan sendiri!

Jadi selepas ini kalau nak bercakap apa-apa sila kenang pesanan orang tua-tua dahulu “cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar”.

Apatah lagi kalau ghairah mengutuk orang lain kan… – MYNEWSHUB.CC


 
Top