Menu


MCDONALD, restoran yang menyajikan makanan ringan seperti burger, kentang dan beberapa makanan lain, tidak perlu diperkenalkan kerana jenama ini sudah terkenal di seluruh pelusuk dunia. 


Terkini, McDonald membuka sebuah cawangan baharu di Stesen Admiralty, Hong Kong.

Menariknya, restoran baharu ini bukan restoran McDonald yang biasa kita lihat termasuk seperti yang ada di Malaysia ini tetapi menampilkan konsep berlainan sama sekali selain menggunakan nama baharu — McDonald Next. 




McDonald Next di Hong Kong.


Elemen warna malap membuat ruang kelihatan elegan.

Menampilkan reka bentuk yang lebih elegan dan warna-warna malap, restoran ini berbeza dengan cawangan biasa yang sinonim dengan warna-warna terang sekaligus menawarkan suasana lebih eksklusif kepada pelanggan.

Beberapa menu baharu turut diperkenalkan. Pelanggan boleh memesan salad segar dari kaunter salad selain sajian pelbagai pastri menarik seperti waffle. 




Kaunter Salad antara pembaharuan yang dibawakan McDonald Next.

Lebih mengagumkan, restoran konsep ini turut memperkenalkan kemudahan Create Your Taste yang membolehkan pelanggan ‘mencipta’ makanan yang diingini mengikut selera masing-masing. 





Konsep yang lebih minimalis dan elegan.


Water Fountain membolehkan pelanggan menikmati air secara percuma tanpa had.


Pelanggan juga boleh mengecaj telefon bimbit mereka sambil makan.

Pelbagai kemudahan turut disediakan bagi menjamin keselesaan antaranya kaunter khas untuk mengecaj handphone, water fountain dan banyak lagi. Ini bukan setakat dapat mengenyangkan pelanggan, malahan, mereka akan berasa selesa dengan suasana yang jauh berbeza dengan McDonald sebelum ini.

Oleh yang demikian, harapnya restoran McDonald berkonsep baharu ini akan dibuka di Malaysia satu hari nanti. Restoran makanan segera yang turut popular kerana WiFi percuma ini sudah begitu sebati dengan kebanyakan kita dan pembaharuan baik begini pasti dinantikan. – MYNEWSHUB.CC


 
Top