Menu

Nasihat murni Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan nampaknya untuk melakukan dua kerja untuk menampung beban kos sara hidup nampaknya diperlekehkan oleh para penyokong pembangkang.

Bukannya sesuatu baru dan banyak masih tidak sedar dari memaki hamun kerajaan di Facebook, adalah lebib baik mereka memulakan kerja baru dengan menjual pelbagai barangan di laman sosial berkenaan yang lebih membawa pulangan.

Kita ketepikan dulu soal Ahmad Maslan, kita hendak perkatakan tentang tahap pemikiran Ahli Parlimen PKR Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mengambil pilihan membelanja seluruh penduduk di kawasan Parlimennya yang berusia 21 hingga 35 tahun menonton wayang Star Wars : The Force Awakens.



Ketika ibu bapa runsing memikirkan tentang persiapan sekolah anak-anak, Shamsul menambah kerunsingan ibu bapa apabila mahu membenarkan anak berusia 21 tahun ke atas keluar malam pula menonton filem berkenaan atas belanja beliau.

Mengapa tidak dibuat bantuan atau sumbangan khas atau program beramai-ramai murid bersekolah rendah terpilih dalam Parlimen Bukit Katil dan belikan mereka peralatan sekolah membantu ibu bapa meringankan beban mereka?

Adakah Shamsul sekadar memberi ‘rasuah’ kepada para pengundi Bukit Katil yang berusia 21 tahun ke atas dengan filem Star Wars berkenaan yang menjadi kegilaan ramai.

Memang tak sesuai langsung pilihan Shamsul untuk belanja orang tengok wayang pada ketika orang ramai sedang sibuk menyediakan persiapan sekolah anak-anak.

Apa yang dikatakan oleh Ahmad Maslan pula yang juga Ketua Penerangan UMNO, apa yang beliau cakap ialah berdasarkan rungutan yang konon-kononnya rakyat begitu susah dan menderita kenalah buat dua kerja.

Kalau rakyat yang menderita, tak ada masa nak kemaskini Facebook tetapi mereka pergi kutip tin, kutip besi, cari suratkhabar lama dan berniaga pula untuk tampung penderitaan, kalau boleh kutuk nasihat untuk buat dua kerja, tak adalah susah mana pun sebenarnya.

Penyelesaian yang dibuat oleh Shamsul Iskandar tidak kelihata untuk dilaksanakan pada waktu ketika ramai orang yang sedang susah, menderita dan merempat tetapi ia nampak seperti penyelesaian untuk mereka yang banyak masa santai, lapang dan boleh meluangkan masa hampir dua jam untuk menonton satu filem yang bukan kisah benar pun. 


Dari jumlah pengundi 99,438, kira sendirilah berapa % yang berumur 21 hingga 35 tahun dan kena tanya juga beliau ni kenapa yang berumur lebih dari yang ditawarkan tu pengundi tak berguna ke?




– PRU14.tv


 
Top