Menu

Saranan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan agar rakyat melakukan dua kerja bagi menampung kos sara hidup mendapat reaksi pantas dari mufti Perlis yang terlalu banyak kontrovesi di dalam medium internet.

Walaupun Dr. Maza atau
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak menyebut nama menteri berkenaan secara langsung, Maza dipercayai merujuk kenyataan Ahmad Maslan semalam yang memberi pandangan supaya rakyat Malaysia melakukan dua pekerjaan sehari. 
 

“Menteri itu sepatutnya mencari penyelesaian untuk rakyat, bukan membuat cadangan yang membebankan lagi rakyat.

“Menteri itu hendaklah seorang yang sangat waras, bijak lagi tangkas menyelesaikan permasalahan rakyat dan negara.

“Jika akal yang bijak dan tangkas tidak diperlukan untuk menjadi seorang 'pak menteri', maka apakah kelebihan jawatan itu sehingga diberikan gaji dan pelbagai peruntukan yang istimewa untuknya?," soal Asri dengan sinis di laman Facebook.
 

“Saya ada 3 kerja: anggota parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno. Ramai dah di Malaysia yang buat #2Kerja," katanya. “Berusaha gigih cari rezeki yang halal,” kata Ahmad Maslan. Kenyataan inilah yang menyebabkan pasukan khas siber truper pakatan haram menyerang Ahmad Maslan setelah sekian lama beliau menyepi diri sejak bertukar kementerian.

Pasukan khas ini ditugaskan menghancurkan kredibiliti pemimpin UMNO BN terutamanya yang aktif menyerang parti pembangkang. Namun serangan bermodalkan "2 kerja" ini hanya disambut oleh segelintir masyarakat sahaja kerana membuat lebih dari satu pekerjaan bukan sesuatu yang hina dan baharu.

Namun, Dr Maza seperti biasa dalam mengekalkan rentak glamor, beliau muncul mencelah menumpang isu agar namanya kekal popular.

Apakah menerima jemputan ceramah agama di masjid luar dari Perlis itu bukan satu tugas sampingan kepada Maza? Adakah majlis ugama tersebut Maza buat percuma?


 
Top