Menu

Pada 16 Ogos 2015, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi mendedahkan bahawa seorang pemimpin Umno yang senior-veteran akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari yang sama. Orang ini sepatutnya menjadi ‘orang lama’ (saya lebih suka menggunakan ‘orang lama’ daripada ‘orang tua’) dan sepatutnya menjadi pemimpin konspirasi untuk menggulingkan Najib. Orang tua ini bukan Muhyiddin Yassin, kata Zahid, beliau merupakan salah seorang daripada enam Tan SRI yang Malaysia Today sebutkan sebelum ini pada bulan yang sama.

Pihak media bergegas ke kediaman Perdana Menteri yang penuh dengan tanda tanya dan jangkaan. Malangnya, mereka semua terpaksa pulang dengan hampa, pemimpin kanan atau veteran Umno tidak hadir di pintu kediaman Perdana Menteri. Pemimpin Umno muda pun tidak ada yang hadir – tidak ada, sifar, zilch, Nyet, nein, atau apa sahaja bahasa yang anda mahu gambarkan.

Berakhir keseronokan sekejap itu, yang kemudiannya dilupakan apabila kejadian baru yang lain berlaku, cerita lawatan tengah malam ke rumah Perdana Menteri oleh pemimpin UMNO lama yang penuh misteri. Lawatan tersebut tidak diketahui oleh semua, bagaimanapun, lawatan itu telah berlaku; cuma ia tidak berlaku pada 16 Ogos seperti yang diharapkan.

Apa yang menarik berkenaan orang ini, apa tujuan lawatan lewat malam beliau? Adakah ianya untuk mengaku dosa-dosanya dan memohon ampun? Adakah ianya untuk mendedahkan pengkomplot di sebalik gerakan anti-Najib? Atau adakah ia untuk memberikan kata dua kepada Najib bahawa jika dia berdegil enggan meletakkan jawatan maka mereka akan “cut off his balls and nail them to the wall”?

Sekarang ia sudah lebih dua bulan sejak kejadian tengah malam tersebut, saya fikir saya perlu membangkitkan isu itu dan mendedahkan siapakah orang itu. Dan jika anda berkelakuan baik saya juga mungkin memberitahu anda, mengapa dia pergi berjumpa Najib.

Bagaimanapun, sebelum saya berbuat demikian, semalam seseorang menghubungi saya dan bertanya mengapa saya terus menyebut ‘enam Tan SRI’. Ia adalah tujuh Tan SRI dan bukan enam, orang ini memberitahu saya. Saya kemudian bertanya kepada orang ini mengapa tujuh? Siapa Tan Sri ketujuh yang beliau sebut-sebut?

Orang ini kemudian menyebut Tengku Razaleigh Hamzah. Bukankah Tengku Razaleigh juga kumpulan anti-Najib, oleh itu, ianya bukan tujuh dan bukannya enam Tan SRI? Hmm … memang bagus mempunyai rakan-rakan yang boleh berfikir dan tidak seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang lain yang seperti lembu yang dicucuk hidung.

Jadi saya terpaksa menjelaskan mengapa ia adalah enam dan bukan tujuh Tan SRI walaupun Tengku Razaleigh juga seorang Tan Sri. Ini adalah kerana Tengku Razaleigh bukan salah seorang daripada mereka yang ingin menggulingkan Najib.

Muhyiddin Yassin memberitahu Majlis Tertinggi Umno yang dia tahu siapakah ahli gerakan anti-Najib memandangkan mereka telah menemui beliau untuk mengajaknya sertai pergerakan itu tetapi beliau katakan tidak pada mereka. Walaupun dia tahu siapa mereka, dia tidak akan mendedahkan nama-nama mereka.

Berlainan dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang memberitahu Perdana Menteri bahawa dia tahu senarai yang berada dalam gerakan anti-Najib dan mereka telah menemui beliau untuk mengajaknya menyertai pergerakan itu tetapi dia katakan tidak kepada mereka. Walau bagaimanapun, tidak seperti Muhyiddin, untuk membuktikan dia tidak memihak pada mereka, Tengku Razaleigh mendedahkan nama-nama mereka dan juga apa yang mereka rancang untuk menghabiskan serangan terakhir pada bulan November sepertimana yang Malaysia Today tulis semalam dalam artikel The last major offensive against Najib in another month.

Bagaimana Malaysia Today tahu semua ini? Sekiranya Malaysia Today tahu siapa di Jabatan Peguam Negara dan SPRM sedang meniduri kakitangan mereka di pejabat dan telah bertukar bilik lembaga pengarah kepada bilik tidur, anda fikir Malaysia Today tidak akan tahu tentang sesuatu seperti ini? Apa yang diperlukan adalah lalat di dinding dan Malaysia Today mempunyai peti yang penuh dengan lalat.

Saya maksudkan Malaysia Today pun tahu tentang Tan Sri yang terbang ke London untuk bertemu kumpulan operasi mereka UK untuk membincangkan serangan besar yang terakhir terhadap Najib pada bulan November. Malaysia Today pun tahu bahawa sebelum beliau berlepas ke London dia bertemu dengan seorang lagi Tan Sri untuk memberi amaran bahawa jika dia tidak menyertai kumpulan itu dan sekiranya Perdana Menteri berjaya digulingkan maka seterusnya dia akan berada dalam sel sebelah Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh.

Buat masa ini kita hanya panggil ini burung merpati pembawa maklumat Tan Sri ini sebagai Tan Sri Merpati kerana itu adalah kerja beliau – untuk menyampaikan maklumat dan dokumen rahsia dari dua Tan SRI dan akan digunakan sebagai senjata untuk menyerang Najib dalam serangan besar dan akhir terhadapnya pada bulan November.

Saya diberitahu bahawa pergerakan anti-Najib kini dalam mod panik selepas membaca pendedahan terbaru oleh Malaysia Today. Mereka kini tertanya-tanya sama ada mereka perlu memanggil Malaysia Today pendusta dan membatalkan rancangan itu atau sama ada mereka perlu meneruskan dengan rancangan itu dan membuktikan Malaysia Today betul.

Keputusan, keputusan, keputusan … dan ianya bukan satu keputusan yang mudah. Jika mereka membatalkan rancangan itu maka ia adalah selesai, permainan berakhir. Sama ada mereka boleh melancarkan serangan besar akhir bulan depan atau jika tidak,maka tidak ada apa-apa yang mereka boleh lakukan selepas itu.

Apabila mereka membaca pendedahan terbaru ini mereka akan membatalkan semua sama sekali. Jelas sekali gerakan anti-Najib telah retak dan orang yang mereka fikir adalah sekutu bukanlah benar-benar sekutu. Adakah lalat Tengku Razaleigh yang tugasnya adalah untuk mengetahui apa yang mereka lakukan dan kemudian memberitahu Najib supaya beliau boleh menggagalkan semua rancangan mereka? Atau adakah dia dengan mereka pada mulanya dan kemudian melakukan pusingan-U apabila dia sedar bahawa rancangan itu adalah sia-sia?

Itu adalah sesuatu untuk anda tertanya-tanya dan bagi saya untuk tahu. Macam ini lah, Tengku Razaleigh bukan Naib Presiden parti jadi jangan anda fikir dia terlalu bodoh untuk menyedari bahawa ini bermakna peluangnya untuk menjadi Perdana Menteri adalah sifar? Walaupun dia orang Kelantan, tetapi itu tidak bermakna dia bodoh. Dia tahu bahawa mereka menggunakan beliau untuk cuba menggulingkan Najib sama seperti mereka mengunakan beliau pada tahun 2008 apabila mereka mahu menggulingkan Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan janji-janji bahawa apabila Abdullah meletakkan jawatan maka beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Ia tidak berlaku pada tahun 2009? Jadi mengapa ia berlaku sekarang? Dan adakah anda fikir Umno hanya berdiam diri jika Najib digulingkan dan Tun Dr Mahathir Mohamad menolak Tengku Razaleigh sebagai penggantinya sedangkan Umno sudah mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri yang juga naib presiden parti yang bernama Zahid Hamidi?

Percayalah bahawa setiap undi yang Tengku Razaleigh boleh raih, Zahid mampu meraih sepuluh undi pula. Jadi siapa yang anda fikir Umno akan pilih sebagai Perdana Menteri baru jika Dr Mahathir singkirkan Najib? Walaupun Tengku Razaleigh mengakui yang ianya bukan dia. Jadi mengapa Tengku Razaleigh membantu Dr Mahathir menggulingkan Najib hanya supaya orang lain boleh mengambil alih, sepertimana yang berlaku pada tahun 2009?
Malaysia Today


 
Top