Menu

Kadang-kadang sesuatu itu hanya terdedah dan didedahkan apabila ada pihak yang mencabarnya terlebih dahulu. Cabaran tersebut tidak perlu dibuat secara langsung, tetapi menyentuh isu-isu lain yang dikendalikannya sewaktu berkuasa dahulu.

Baca juga : 



Natijah ini datang secara tidak ‘disengajakan’. Kekecewaan kerana kehilangan kuasa dan jawatan, jolokan daripada orang sekeliling, faktor-faktor lain, akhirnya menyebabkan individu yang suatu masa dahulu tidak dipalitkan dengan sebarang skandal besar, akhirnya membongkar kepada kekhilafan diri sendiri.

Masalah tentang BESTARI.NET yang selama ini dikuasai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap bekas Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebenarnya telah lama diperkatakan. BESTARI.NET dan YTL seolah-olah didiamkan oleh ramai pihak dan disembunyikan jauh daripada pengetahuan ramai.

Apa sebenarnya yang berlaku? Adakah Bestari.Net ini merupakan buah tangan yang gagal hasil daripada projek yang secara tidak langsung kepunyaan Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Sebenarnya, pemasangan menara 1BestariNet Receiver Integrated System (1BRIS) yang berfungsi menerima dan menghantar isyarat tanpa wayar berkelajuan tinggi, di sekolah yang tidak mempunyai struktur LAN (Rangkaian Kawasan Tempatan) yang sesuai untuk isyarat tersebut. Bagaimana semua ini boleh berlaku? Adakah mereka hanya memasang tanpa membuat kajian terlebih dahulu terhadap kesesuaiannya?

Dalam hal ini, sebuah syarikat yang sememangnya diketahui sebagai kroni utama Tun M, YTL telah terlibat secara langsung. YTL sepatutnya perlu membayar RM1,200 sebulan bagi setiap tapak 1BRIS berdasarkan saranan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Namun YTL enggan dan terus berdegil untuk tidak membayarnya kerana kononnya kontrak dengan KPM membenarkan YTL memasang secara percuma.

Menariknya, KPM seolah-olah enggan bertelagah dengan YTL dan seterusnya tunduk dengan semua tuntutan YTL dan sebagai saguhati, KPM hanya meminta YTL membayar sebanyak RM1,000 setahun bagi sewa setiap 1BRIS. Murah bukan? Untuk ini, YTL dijangka memperolehi keuntungan sebanyak RM 50 juta setahun berdasarkan perjanjian 1BestariNet melalui KPM.

Ini bermakna, selama tempoh 15 tahun lamanya perjanjian ini, YTL akan memperolehi kira-kira RM 750 juta keuntungan. Adakah ini dikatakan “fair trade” dan menguntungkan pihak sekolah? Apa yang pasti, pemasangan menara 1BRIS telah meningkatkan kos elektrik sekolah daripada RM150 hingga RM180 sebulan. Adakah ini cukup berbaloi?

Apa yang menariknya disini, YTL langsung tidak perlu membayar caj elektrik melalui tapak 1BRIS dan juga caj utiliti berkaitan 1BestariNet. Semua ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dimana anggaran kos keseluruhan dianggarkan antara RM 5.77 juta hingga RM 6.92 juta setahun sehingga tamat tempoh kontrak.

Syarikat YTL juga akan memperoleh keuntungan melalui penggunaan komersil menara 1BRIS di kawasan sekolah yang mana melalui perkhidmatan komersial jalur lebar YES 4G, ia boleh digunakan penduduk sekitarnya, sekaligus memungkinkan YTL meraih keuntungan tambahan. Adakah mana-mana pihak terutama daripada pihak Kerajaan dan Kementerian Pelajaran sendiri yang mahu menjelaskan tentang ‘pemberian percuma’ wang rakyat Malaysia kepada YTL menerusi 1BRIS dan BESTARI.NET?

Ini jelas menunjukkan bagaimana 1BestariNet ini begitu teruk di manipulasikan oleh syarikat yang terkenal sebagai kroni terhebat Tun M. Jadi tiada yang menghairankan apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan seperti pak turut kepada semua tindakan Tun M dalam menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib.

Adakah kesemua nilai RM 4.077 bilion yang dibelanjakan untuk menaikkan projek 1BestariNet ini benar-benar mencapai hasrat dan tujuannya? Adakah hari ini ianya memberi manfaat kepada pelajar dan guru-guru disaat Persatuan Guru-Guru telah menyuarakan pendapat mereka dengan mengatakan 1BestariNet ini hanya indah khabar dari rupa?


 
Top