Menu




PM Najib sudah membuat keputusan untuk menyaman fitnah Ling Liong Sik.
 

Namun timbul persoalan, apakah Mahathir akan tampil memberi keterangan sebagai saksi utama dalam kes tersebut.

Apabila diajukan dengan soalan ini, peguam Ranjit Singh yang mewakili Ling berkata masih terlalu awal untuk membuat ulasan. Beliau memohon masa ungtuk mengkaji surat saman itu terlebih dahulu.
 

Ranjit juga mengesahkan bahawa writ saman Najib telah diterima oleh firma guamannya.

Saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 26 November di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk John Louis O'Hara.

PM Najib memfailkan saman itu pada Selasa lalu melalui firma Hafarizam, Wan Aishah dan Mubarak.

PM Najib mendakwa bahawa kata-kata Ling memberi maksud beliau menyalahgunakan kuasanya, tidak layak menjadi pemimpin, terbabit dalam skandal kewangan dan tidak layak menjadi pengerusi BN.

Katanya, perkataan yang digunakan juga mendakwa beliau menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan menyalahgunakan dana kerajaan yang dimiliki 1MDB serta mengkhianati kepercayaan rakyat dengan menyalahgunakan kedudukannya.

PM Najib menuntut ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk.


Rakyat ingin tahu, apakah Mahathir atau rakan sekongkol beliau yang lain akan menjadi saksi terhadap proses perbicaraan nanti.


 
Top