Menu

MENAKUTKAN..gara-gara tidak mendengar arahan, seorang lelaki di China ini telah dilibas dengan kayu oleh pegawai trafik yang memberi arahan terbabit.

Gambar kekecohan yang berlaku di lampu isyarat di daerah Zhenxiong di Yunnan telah menular dengan pantas menerusi Internet di negara itu.

Kejadian mula menjadi tegang selepas seorang pegawai trafik di situ menahan sebuah kereta dan meminta kesemua penumpang turun dari kenderaan untuk menjalankan siasatan.



Namun begitu, seorang lelaki yang dikatakan sedang nyenyak tidur di tempat duduk belakang enggan berbuat demikian sekali gus mengundang kemarahan pegawai terbabit.

Pegawai yang berang itu telah bertindak menarik lelaki terbabit keluar dari kenderaan itu dan memukulnya dengan kayu yang sangat panjang.



Isteri lelaki terbabit juga dilihat cuba menghalang pegawai tersebut daripada melakukan perkara itu namun ia hanya sia-sia.

Rata-rata masyarakat di sana terkejut dengan tindakan pegawai terbabit yang bertindak di luar jangkaan serta keterlaluan. – Agensi/MYNEWSHUB.CC




 
Top