Menu

Dalam artikel sebelum ini, saya menulis mengenai serangan besar yang akan dilancarkan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh sebulan ini (BACA DI SINI). Saya juga menulis bahawa Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan Najib untuk mendedahkan maklumat manakala Tan Sri Merpati terbang ke London untuk bertemu sekutu mereka di UK untuk memberikan dokumen dan data yang akan digunakan dalam serangan ini (BACA DI SINI).

Hari ini, Malaysiakini melaporkan Tony Pua DAP berkata bahawa peluang untuk menewaskan Perdana Menteri hampir sifar – sekurang-kurangnya tidak melalui undi tidak percaya atau dengan mengundi menentang bajet di Parlimen. Kumpulan anti-Najib juga mempunyai pandangan yang sama dan menerima hakikat bahawa jika Najib mahu disingkirkan maka Umno dan Barisan Nasional perlu ditumbangkan.

Dan ini bermakna Umno dan Barisan Nasional mesti dikalahkan dalam pilihanraya umum akan datang.

Ianya hampir mustahil sebelum ini. Pembangkang juga berpendapat sedemikian, seperti juga beberapa penganalisis politik. Namun senario tersebut hampir menjadi realiti. Itu adalah kerana satu serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dijalankan hari ini di Damansara Perdana ke atas sebuah syarikat bernama Brandworth Corporation.

Brandworth Corporation adalah sebuah syarikat yang menguruskan strategi media Barisan Nasional pada pilihanraya umum sebelum ini dan juga yang akan menguruskan strategi media dalam pilihanraya umum akan datang. Strategi pilihanraya keseluruhan, belanjawan, pembiayaan, dan maklumat sulit lain berkenaan pilihanraya umum sebelum ini dan akan datang kini di tangan SPRM.

MACC-Pakatan

Dua bulan yang lalu pemimpin pembangkang membuat lawatan ke pejabat SPRM dalam ‘semangat perpaduan’. SPRM, yang dikutuk sebelum ini kerana kematian Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed semasa berada di bawah jagaan mereka, kini dianggap sebagai sekutu pembangkang atau rakan kepada mereka yang menentang kerajaan.

Bagaimana seseorang boleh diubah dari sifar kepada wira apabila kepentingan adalah selari. Walaupun organisasi seperti SPRM yang digunakan pernah dipanggil pembunuh, boleh menjadi kawan bagi Rakyat jika kedua-dua berkongsi objektif yang sama.

Dengan strategi pilihanraya Umno dan Barisan Nasional di tangan SPRM, hanya menunggu masa sebelum semua rahsia-rahsia ini jatuh ke tangan pembangkang (jika ianya belum berlaku lagi) memandangkan tiada rahsia di Malaysia.

Pada 3 Ogos 2015, SPRM mengumumkan bahawa RM2.6 bilion yang didakwa telah dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Najib adalah sumbangan dan tidak datang daripada 1MDB. Pada 24 Ogos 2015, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed, salah satu daripada enam Tan SRI yang Malaysia Today sebut dalam artikel sebelum ini, berkata perkara itu masih dalam siasatan dan fail masih belum ditutup lagi.

Dengan fail yang masih dibuka dan siasatan masih berjalan, SPRM mempunyai kuasa penuh untuk menyerang mana-mana syarikat, pertubuhan, parti politik, dan sebagainya, dan merampas segala-galanya dalam pejabat itu, sama ada dokumen-dokumen dan fail berkaitan dengan penyiasatan itu atau tidak. Tindakan oleh SPRM tidak tertakluk kepada semakan kehakiman. Jadi secara teknikalnya bermakna SPRM boleh meletakkan dirinya di atas undang-undang dan di luar bidang kuasa mahkamah.

Ia adalah satu kelebihan yang besar apabila SPRM di pihak anda. Dan jika anda mahu menggulingkan Perdana Menteri dengan mengalahkan Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum maka SPRM mungkin satu-satunya kenderaan yang boleh berbuat demikian. Sekarang apa sahaja yang Umno dan Barisan Nasional lakukan pada pilihan raya umum sebelum ini dan apa yang merancang untuk melakukan dalam pilihanraya umum akan datang tidak lagi rahsia.

Saya rasa Umno dan Barisan Nasional perlu berharap dan berdoa agar semua rahsia tersebut yang kini di tangan SPRM akan kekal sebagai rahsia dan tidak ada pegawai SPRM yang bersimpati kepada pembangkang. Jika mereka membuat keputusan untuk menyerahkan rahsia tersebut kepada pembangkang maka Barisan Nasional akan menghadapi masa yang sangat sukar dalam pilihanraya umum yang akan datang. Dan jika Barisan Nasional kalah maka Perdana Menteri pun akhirnya boleh digulingkan, sepertimana yan kumpulan anti-Najib cuba lakukan.

Saya perlu katakan bahawa ini adalah satu langkah yang sangat bijak dan sesuatu yang tidak dijangkakan. Tetapi ini adalah politik dan dalam politik semuanya adil. Jadi mungkin Pakatan Harapan masih mempunyai harapan dengan Pakatan dari SPRM. Jika Barisan Nasional dikalahkan dan kerajaan baru mengambil alih maka Abu Kassim Mohamed perlu diberi jawatan kabinet. Adakah dia salah seorang daripada dua Tan SRI yang telah dijanjikan jawatan kabinet jika Najib digulingkan?
Malaysia Today


 
Top