Menu

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Dataran Merdeka menyaksikan sejarah pelancaran projek payang.my yang diilhamkan dari ledakkan peralatan komunikasi pintar yang semakin mampu milik, seperti ‘smart phone’, ‘tablet’ dan juga komputer riba serta pertambahan jumlah aplikasi mobile (WhatsApp, WeChat) dan kandungan media baru (seperti Facebook, Instagram) bukan sahaja telah mentransformasikan cara kita berhubung dan berkongsi maklumat, malahan menjadisatu platform jualan dan pemasaran perniagaan yang cepat dan menjimatkan. Inilah sebahagian tanda kemajuan sesebuah negara.

PAYANG.MY bakal menjadikan pintu gerbang untuk golongan usahawan dan usaha wanita, meluaskan pasaran produk dan perkhidmatan tempatan ke pasaran tempatan dan luar negara.

Selain itu juga, ia menjadi cabaran kepada mereka untuk menaiktaraf mutu produk mereka supaya dapat bertahan dalam pasaran global. Persaingan dalam pernigaan mesti dilihat dari sudut positif. Sikap sebegini akan membolehkan para pencinta ekonomi berada bersama pesaing diperingkat global.
 

Ucapan Perasmian PAYANG.MY oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman


1. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapat kita bersama-sama pada hari ini untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek PAYANG.My. Terima kasih kerana menjemput saya, isteri serta barisan kepimpinan negeri.

Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada pihak penganjur dan pasukan urusetia yang bekerja kuat untuk menjayakan program ini. Kita amat faham bahawa telah banyak pengorbanan telah dilakukan sepanjang tempoh persediaan majlis ini. Banyak perancangan dan saringan terpaksa dibuat demi menghasilkan yang terbaik.Syabas semua.

2. Saya dimaklumkan bahawasanya Projek PAYANG.My ini akan menawarkan perkhidmatan jualan dan pemasaran dalam talian secara PERCUMA untuk usahawan-usahawan tempatan seluruh Malaysia, khasnya usahawan negeri Terengganu. Ini merupakan penerokaan satu bidang yang baharu sepadan dengan kepesatan pembangunan teknologi maklumat di serata pelusuk negara. Perkembangan pesat ini pasti tiba walaupun kita gemar akan kedatangannya. Elok benarlah jika kita buat persiapan lebih awal.

Cabaran Negara Hari Ini

3. Sebagaimana yang kita sedia maklum, ledakkan peralatan komunikasi pintar yang semakin mampu milik, seperti ‘smart phone’, ‘tablet’ dan juga komputer riba serta pertambahan jumlah aplikasi mobile (WhatsApp, WeChat) dan kandungan media baru (seperti Facebook, Instagram) bukan sahaja telah mentransformasikan cara kita berhubung dan berkongsi maklumat, malahan menjadisatu platform jualan dan pemasaran perniagaan yang cepat dan menjimatkan. Inilah sebahagian tanda kemajuan sesebuah negara.

4. Namun ianya telah menjadi suatu “digital lifestyle” yang akan terus berkembang berlari cepat dengan peredaran masa. Sesungguhnya desakan zaman dengan kehidupan yang serba canggih dan moden ini begitu rencam sekali. Oleh itu tindakan kita melalui Program PAYANG.My amat tepat pada masanya. Kita tidak mahu menjadi negeri yang ketinggalan dalam aplikasi canggih seperti ini. Alhamdulillah negara kita memilki pusat teknologi maklumat canggih di Cyberjaya. Maka sedikit sebanyak nanti kita akan dapat menafaat daripada kemodenannya.

5. Saya bagi pihak kerajaan rasa sangat bangga kerana pakar-pakar IT anak-anakTerengganu kita berjaya berganding bahu mengumpul idea, dan membuat penerokaan baharu di alam teknologi maklumat yang sofistikated ini. Kejayaan ini mungkin akan menghasil suatu penemuan hebat yang mampu memberi kelegaan kepada rakyat untuk menceburi sektor ekonomi secara olahan BERDIMENSI BAHARU.

6. Pertambahan peralatan komunikasi, aplikasi dan kandungan media baharu serta pertambahan pengguna yang banyak, lebih-lebih lagi jumlah “broadband internet access” dengan menggunakan teknologi wi-fi di kawasan-kawasan tumpuan pengguna dan menjadi “compliment” kepada kemudahan sedia ada, sudah tentu akan menjana impak sektor ekonomi yang memberangsangkan.

7. Terima kasih kita ucapkan kepada penyedia perkhidmatan (seperti TM, Celcom) dan juga inisiatif daripada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (seperti KampungTanpaWayar, Community Broadand Center dan Smart Community) yang peka dengan konsep NBOS yang telah diperkenal oleh YAB Dato’ Seri Perdana Menteri Malaysia. Melalui strategi ini kerajaan dan rakyat akan dapat membantu penjimatan perbelanjaan kerajaan, maka secara tidak langsung sumber kewangan ini boleh disalurkan kepada sektor-sektor lain yang memerlukannya.

Inisiatif Kerajaan

8.Menyedari hakikat inilah, maka pihak kerajaan negeri Terengganu dengan inisiatif satu anak syarikat kerajaan negeri iaitu Top IT Industries Sdn Bhd telah membangunkan satu portal e-Dagang untuk kemudahan capaian usahawan-usahawan tempatan secara percuma yang dikenali sebagai Payang.my. Tujuannya bagi memasarkan jualan produk-produk tempatan secara global dan akan bekerjasama nanti dengan Yayasan Pembagunan Usahawan Negeri Terengganu.

9.Marilah kita sama-sama doakan supaya usaha yang baik ini akan menempa kejayaan kepada pemain-pemain di bidang ekonomi. Nasihat saya jangan kita mudah menyerah kalah jika pada peringkat awal ini banyak cabaran yang terpaksa dilalui.

10. Platform seperti PAYANG.MY amat dinanti oleh usahawan-usahawan tempatan kerana dapat memberi manfaat diluarjangka kepada produk jualan dan pasaran keperingkat global. Dalam era ICT pembelian secara “on-line” telahpun menjadi pilihan kepada pembeli kerana setiap pembelian adalah terjamin dengan adanya sistem ‘Safetrade’.

11. Golongan usahawan dan usaha wanita, PAYANG.MY bakal menjadi pintu gerbang untuk mereka meluaskan pasaran produk dan perkhidmatan tempatan ke pasaran tempatan dan luar negara. Selain itu juga, ia menjadi cabaran kepada mereka untuk menaiktaraf mutu produk mereka supaya dapat bertahan dalam pasaran global. Persaingan dalam pernigaan mesti dilihat dari sudut positif. Sikap sebegini akan membolehkan para pencinta ekonomi berada bersama pesaing diperingkat global.

Transformasi Terengganu Baharu

12. Pelancaran PAYANG.MY merupakan kelestarian janji kerajaan menyantuni KESEJAHTERAAN RAKYAT. Transformasi Terengganu Baharu yang didokongi oleh lapan (8) prinsip mempunyai matlamat yang jelas iaitu ingin melahirkan rakyat negeri Terengganu yang hebat dan mampu bersaing dengan rakyat negeri lain dalam semua lapangan kehidupan. Sebagai satu permulaan melakukan anjakkan paradigma dan bukan lagi dalam konteks “ketulaan, Bangau Oh Bangau dan Betul Bendul”, maka usaha berani yang telah diambil oleh pihak yang telah diberi tanggungjawab oleh pihak kerajaan, in sya Allah berkat sokongan semua, kerja kuat semua dan doa semua, kita akan menuai apa yang kita semai pada hari ini. Walaupun kita tidak sempat merasai nikmat hasilnya, biarlah anak cucu kita yang mewarisi tinggalan pusaka pejuang dan pencipta kemodenan dalam pasaran perniagaan.

13. Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada syarikat TOP IT, YPU, UPMN, semua agensi kerajaan serta semua individu yang terlibatdalamusahamenjayakan PAYANG.MY sama ada secara langsung atau tidak langsung. Khidmat bakti semua kerajaan sangat hargai dan sanjung tinggi.

14. Sekali lagi saya dan barisan kepimpinan ingin tegaskan bahawa kami sentiasa bersedia membantu mempertingkatkan prestasi pencapaian PAYANG.MY di masa- masa akan datang. Di alaf baru yang cepat berubah ini kita memerlukan cara gaya menangani perubahan dengan corak pemikiran yang luarbiasa. Oleh sebab itulah konsep transformasi yang kerajaan negeri perkenalkan pada 19 Ogos 2014 sempena 100 hari pentadbiran saya sebagai Menteri Besar yang lalu, mencakupi TRANSFORMASI EKONOMI, TRANSFORMASI POLITIK dan TRANSFORMASI KERAJAAN. Ketiga-tiga bidang akan dipacu berkembang sederap seiring mendepani cabaran hidup rakyat. Kita insaf amanah yang rakyat sandarkankepadakitabarisankepimpinannegeriamatbesardanberat. Namun perlu kita ingat hakikatnya kerajaan dan rakyat berpisah tiada. Berganding bersama adalah budaya terpuji. Marilah bersama memacu negeri Terengganu meraih kemajuan pembangunan demi rakyat. Tema sambutan Hari Kebangsaan 2015 #Sehati Sejiwa masih kekal dalam ingatan.

15. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan syabas di atas kejayaan mengadakan majlis PELANCARAN PAYANG.MY dengan begitu meriah sekali. Sumbangan disetiap ruang yang ada, kami tetap kenang sepanjang masa. Doa kami semoga beroleh kejayaan yang cemerlang melewat batasan masa.

Hanya saanya kepada Allah saya berserah.

Dengan lafaz bismillahirahmanirahim
Saya dengan ini MERASMIKAN PELANCARAN PAYANG.MY

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamu’alaikum wrt. wbt dan terima kasih.
– PRU14.tv






 
Top