Menu

SEORANG gadis berusia 13 tahun dilapor membalas dendam terhadap perogolnya dengan membunuh anak kepada perogol tersebut.

Gadis itu dikatakan memenggal kepala kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di sebuah perkampungan di Uttar Pradesh, India.

Menurut pihak polis, remaja itu menculik mangsa ketika dis sedang bermain sebelum membunuhnya.

Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan hangus dalam beg plastik sampah yang digeledah anjing jalanan.

Memetik laporan Times of India, polis masih menyiasat kes rogol yang didakwa dilakukan bapa mangsa terhadap suspek.

Hasil siasatan mendapati gadis itu datang dari keluarga miskin. Bapanya seorang buruh kasar manakala ibunya mempunyai penyakit kronik selain tidak bekerja.

Gadis itu juga dipercayai mengambil dadah dan siasatan lanjut masih dijalankan. – MYNEWSHUB.CC


 
Top