Menu

Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan kerana memahami aspirasi anak muda.

Beliau mengucapkan pengharagaan itu menerusi Facebook berikutan keputusan jemaah menteri yang membenarkan penggunaan rokok elektronik yang dikenali sebagai vape untuk diteruskan.

"Berita baik untuk vapers, vapers brewers (pembancuh perisa vape) dan peniaga vape, Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan vape.

"Terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda," katanya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam mengumumkan kerajaan mungkin mengharamkan penggunaan vape berikutan dakwaan risiko kesihatannya terhadap pengguna.

Walau bagaimanapun, penghisap rokok elektronik membidas cadangan itu dan mempertikaikan keputusan kerajaan dengan berkata kerajaan seharusnya mengharamkan rokok terlebih dahulu kerana ia lebih memudaratkan.

Peralatan yang dikenali sebagai vape ini mengeluarkan ‘asap’ yang sebenarnya adalah wap air yang tidak mengandung tar ataupun karsinogen yang biasa terdapat di rokok tembakau.


 
Top