Menu

GAMBAR seorang lelaki menyuap makanan ke mulut seorang wanita dipercayai ibunya tersebar di laman sosial Facebook.

Tindakan lelaki itu ternyata memberi kesan dan impak kepada semua orang yang melihatnya.

Gambar tersebut dikongsikan seorang pengguna Facebook bernama Mahfuzah Mahadzir yang terharu melihat gelagat anak beranak berkenaan.



“SYURGA DI BAWAH KAKI IBU!

Kasih seorang anak terhadap ibunya!! Menyuap nasi, menyapu sisa makanan yang terlekat di pipi dan mulut, membetulkan anak-anak rambut ibunya membuatkan air mata ini bercucuran hingga bengkak mata!

Berlaku di depan di food court City Plaza sebentar tadi, di depan kedai saya pula tu..” tulis wanita itu.

Mana tidaknya, jarang untuk kita semua nampak anak lelaki di zaman ini bermanja-manja dengan ibunya di khalayak ramai.

Inilah contoh anak yang mengejar harta akhirat. Harus diingat, syurga seorang anak itu terletak di bawah telapak kaki ibunya.

Rata-rata masyarakat melahirkan rasa terharu dan tersentuh dengan tindakan lelaki budiman ini. -MYNEWSHUB.CC


 
Top