Menu



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan 'menyerbu' sebuah syarikat pembangunan dan penyelarasan penjenamaan strategik.

Sumber yang mengetahui perkara itu mengesahkan bahawa pegawai suruhanjaya itu telah pergi untuk mendapatkan dokumen berkaitan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Malaysia Today turut melaporkan kejadian yang dikatakan berlaku semalam itu.

Blog itu mengenal pasti syarikat itu sebagai Brandworth Corporation yang berpangkalan di Petaling Jaya.

Ia dikatakan menguruskan strategi media BN dalam pilihan raya umum lalu dan akan menjalankan tugas sama untuk pilihan raya akan datang.

“Seluruh strategi, belanjawan, pendanaan, dan maklumat rahsia lain berkaitan pilihan raya umum lalu dan akan datang kini di tangan SPRM,” menurut artikel itu.

Pemberitaan di atas merupakan dari portal yang terkenal dalam merangka provokasi terhadap apa juga usaha kerajaan BN kepada rakyat. Portal malaysiakini dilihat cuba mengheret lagi dan lagi isu dana politik yang diterima oleh PM Najib untuk kegunaan parti BN.

Jauh dari itu, portal yang seakan makin gila dilihat tidak akan berpuashati dengan setiap penjelasan yang diberi oleh pihak Kerajaan Pusat yang mematahkan semua serangan fitnah parti pembangkang.

Ketika dihubungi Malaysiakini, pegawai perhubungan awam Brandworth Corporation Zackzeckarnain Sophian menafikan terdapat serbuan oleh SPRM.

“Tiada serbuan, terima kasih,” katanya dalam jawapan melalui aplikasi pesanan WhatsApp.


 
Top