Menu

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan menyifatkan Bajet negeri Selangor 2016 yang berjumlah RM 2.88 bilion sebagai belanjawan “lollipop”.

Mat Nadzari berkata ia seperti satu gula-gula yang diberi hari ini tetapi memudaratkan pada masa akan datang.

“Saya lihat bajet kali ini lebih kepada bajet lollipop dalam erti kata satu gula-gula yang diberi hari ini tetapi memudaratkan pada masa akan datang.

“Melihat kepada apa yang disebut oleh menteri besar tadi ada beberapa janji pada 2017 nanti baru akan dilaksanakan. Jadi dia menyediakan gula-gula hari ini kononnya kita akan manfaat pada 2017.

“Kita sangsi tentang pelaksanaan perkara tersebut,’ kata Mat Nadzari kepada pemberita selepas Menteri Besar, Azmin Ali selesai membentangkan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.
 
Rakyat Selangor tidak perlu risau tentang apa juga janji Kerajaan Pakatan Haram di Selangor kerana bagi mereka Manifesto pun bukan janji !!


 
Top