Menu

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Dato' Armand Azha Abu Hanifah mencadangkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan pada pentadbiran Mahathir dikembalikan.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang bagaimanapun mencadangkan kadarnya ditetapkan sebanyak tiga peratus, lebih rendah berbanding enam peratus yang dilaksanakan di zaman Dato Sri Najib Razak.

Menurut Armand, beliau akan disampaikan secara peribadi kepada kepimpinan Umno yang kembali ke tampuk pemeritahan negara setelah menumbangkan Pakatan Harapan melalui penjajaran semula politik negara.

“Saya secara peribadi akan sampaikan perkara ini pada kepimpinan parti demi kesejahteraan rakyat Malaysia, yang tertekan sepanjang 20 bulan dibawah rejim pakatan (PH).

“Ini sebahagian. Insya-Allah akan saya sampaikan pada kepimpinan negara, demi kembali hebatkan negara Malaysia,” katanya lagi.

Cadangannya itu dibuat sehari selepas Umno rasmi menjadi komponen gabungan kerajaan pemerintah Perikatan Nasional.

Ia salah satu daripada 19 cadangan tindakan yang akan dikemukakan olehnya kepada kepemimpinan parti Umno.

Malah Armand juga berharap siasatan kes arwah Muhammad Adib Mohd Kassim dipercepatkan dan membuka semula kes kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)

Selain itu, dia mencadangkan kenaikan bantuan BR1M (bantuan rakyat 1Malaysia) kepada B40, diskaun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pengembalian bantuan nelayan dan peladang, bantuan pemandu teksi, bantuan pelajar universiti, dan bantuan persekolahan.

Dia juga mencadangkan penutupan tol yang hampir tamat tempoh konsesi, pemberian royalti minyak, meningkatkan peluang pekerjaan, memperkukuh pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET), mendapatkan kembali pelabur ke dalam negara, pembukaan hospital dan klinik kerajaan di kawasan pedalaman dan cadangan pelan perpaduan negara.

Tambahnya lagi, dia bercadang kerajaan wajar mencari formula terbaik untuk menurunkan kos sara hidup, menyelesaikan isu vape, serta mewujudkan lebih banyak usahawan.

sumber


 
Top