Menu

Kecoh, ada yang terpekik sawan di himpunan demostrasi di hadapan pasaraya SOGO, ada yang terlolong di Dataran Merdeka, ada yang meluahkan di ciapan dan pelbagai reaksi kononnya ada pemimpin UMNO yang ada kes bakal menjawat jawatan menteri di bawah PM baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rakyat meluat dan benci kerana di zaman kerajaan PH, buang kes rasuah mega yang sedang berjalan berlaku begitu sahaja. Tuduhan dan tohmahan liar pemimpin PH seolah mereka lupa kes pendakwaan ke atas Lim Guan Eng.


Malaysiakini;

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri kewangan petang ini walaupun kes rasuah membabitkan dirinya masih belum selesai.

Peguamnya, Ramkarpal Singh berkata tidak ada undang-undang yang menghalang bekas ketua menteri Pulau Pinang daripada menerima jawatan baru itu.

Peguam itu berkata, bahawa seseorang dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

"Itulah prinsip asas, jadi tidak ada (perkara) yang menghalang Lim dari angkat sumpah pada hari ini, tidak ada halangan langsung.

"Kami berpegang teguh bahawa tuduhan itu bermotivasi politik, dan kami terus konsisten,” katanya.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menangguhkan kes Lim selepas Ramkarpal memaklumkan kepada mahkamah bahawa tertuduh akan memfailkan perwakilan dengan peguam negara yang baru supaya pertuduhan berkenaan digugurkan.

"Kami akan mencadangkan supaya pertuduhan digugurkan, sudah tentu, terserah kepada peguam negara baru untuk mempertimbangkan sama ada untuk menggugur atau meneruskan pertuduhan.

"Ketika ini, status AG (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) adalah samar dan tidak menentu. Dia telah diarahkan supaya pergi bercuti dan tidak pasti sama ada seorang AG baru akan dilantik sebelum kontraknya (Apandi) berakhir pada Julai," katanya.

SUMBER


 
Top