Menu

Pertama kali dalam sejarah negara Perdana Menteri parti yang menerajui kerajaan meletak jawatan dan sekali gus menyaksikan keseluruhan kabinet secara otomatik hilang atau gugur jawatan.

Pertama kali juga negara kita hanya ada Perdana Menteri sementara dan gagal untuk menggantikan kerajaan yang sudah runtuh kepada kerajaan baharu malah masih tergantung untuk bertindak menasihati Duli Yang Maha Mulia Yang Di pertuan Agong supaya parlimen dibubarkan.


Apa yang Mahathir mahu sebenarnya?

Kalau dilihat kepada kronologi awal perletakan jawatan Mahathir sebagai Perdana Menteri, beliau sudah cukup bilangan kerusi untuk menubuhkan kerajaan baharu yang lebih mantap apabila beliau dilihat berminat dan bersetuju untuk bersama Maufakat Nasional, GPS, Warisan dan kumpulan Azmin Ali. Namun semalam beliau seolah hilang punca dan rakyat melihat Mahathir seperti 'gila talaq' untuk bersama dengan PH kembali,

Perkembangan mutakhir, Mahathir sudah nampak jelas siapa menyokong Anwar? Seperti yang dilaporkan oleh portal pro Dap, Malaysiakini bahawa PKR, DAP dan PAN mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri, ini bermakna DAP dan PAN menarik balik sokongan mereka terhadap Mahathir, tidak sampai 48 jam semua parti dari blok PH buat U-turn memihak kepada Anwar. Mahathir kena kencing!?

Benarkah Anwar sudah cukup bilangan kerusi atau gebang '16 Sept' kembali lagi dan ada yang masih percaya?

Dengan mengenali Anwar, langit boleh runtuh kalau anda dengar dia sembang.


Namun dari sumber yang boleh dipercayai, kemungkinan besar Tommy dan Ketua Setiausaha Negara bakal menasihati YDPA? Anda boleh fikir apa akan berlaku sekiranya sumber ini benar.

Semoga Duli Tuanku diberkati Allah.

Bubarkanlah parlimen.

Daulat Tuanku!




 
Top