Menu

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan seharusnya menggantung pengecualian visa untuk semua warga China buat sementara waktu bagi mengekang penularan koronavirus di Malaysia.

Menurutnya, penggantungan itu tidak sepatutnya untuk penduduk di bandar Wuhan dan wilayah Hubei sehaja.

“Datuk Bandar Wuhan mengaku semalam bahawa lima juta penduduk bandar itu telah berjaya keluar sebelum sekatan dikenakan kerajaan China bermula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dari facebook Najib:

Kerajaan PH telah membuat separuh U-Turn seperti apa yang saya seru dua hari dahulu.

Mereka umum kerajaan telah gantungkan pengecualian visa dan Visa on Arrival untuk warga China dari Wuhan dan wilayah Hubei sahaja.

Tapi Datuk Bandar Wuhan mengaku semalam bahawa 5 juta penduduk Wuhan telah berjaya keluar dari bandar itu sebelum sekatan yang dikenakan oleh kerajaan China bermula.

"26 Jan, 2020: 5 million left Wuhan before lockdown"
https://www.scmp.com/…/chinese-premier-li-keqiang-head-coro…

Jika mahu gantung, gantungkan pengecualian visa untuk semua warga China buat sementara waktu - bukan hanya untuk penduduk Wuhan dan Hubei sahaja.




 
Top