Menu

Hari ini, syarikat milik Tabung Haji, TH Plantations Berhad, telah menjual 100% pemilikan mereka dalam ladang sawit dengan keluasan 16,100 ekar di Bintulu dan Sibu.

Harga jualan ialah RM170 juta atau sekitar RM10,500 setiap ekar (24 sen satu kaki persegi).

Ladang ini dibeli dalam dua pakej pada tahun 2012 dan 2013 dari syarikat bukan Bumiputera dengan harga RM245 juta - selaras dengan matlamat asal TH iaitu untuk memperkasakan ekonomi umat Islam.

Tetapi semua telah dijual balik kepada syarikat milik bukan Bumiputera dengan harga RM170 juta hari ini.

TH Plantations mengaku mereka akan mengalami kerugian dengan penjualan hari ini tetapi mereka kata mereka terpaksa menjual untuk mengurangkan kos hutang.

TH Plantations mula mengalami kerugian teruk sejak tahun 2018 sehingga kini.

Sepanjang tempoh 9 tahun saya PM, TH Plantations tak pernah rugi.

Masuk PH je, TH Plantations mula rugi sehingga terdesak menjual tanah dan ladang semasa harga rendah.

Ladang yang dijual hari ini telah mengeluarkan Buah Tandan Segar (BTS) sebanyak 52,040 tan tahun lepas.

Jika harga BTS ialah RM500 satu tan, 52,040 tan sudah boleh menjana pendapatan RM26 juta setahun.

Namun, TH Plantations kata ladang itu berpotensi mengeluarkan 160,360 setahun atau bersamaan dengan pendapatan RM80.2 juta setahun (jika harga BTS RM500 satu tan).

Tetapi telah dijual dengan harga RM170 juta hari ini.

BN bina aset supaya PH boleh jual aset yang dibina BN

https://www.theedgemarkets.com/…/th-plantations-sells-bintu…

https://disclosure.bursamalaysia.com/F…/apbursaweb/download…

-Najib Razak


 
Top