Menu

Pelbagai cara nak cari makan, nak kais rezeki atau nak kaut untung di atas perpecahan atau kesusahan orang lain atau cari makan dengan menghantuk kepala antara pemimpin parti. Itu cara lama dan tidak boleh pakai kata pakar strategi cywar portal.

Aakj perati dalam seminggu dua ni galak pula portal ni dok 'up' kan seorang pemimpin UMNO dengan cuba memburukkan pemimpin UMNO yang lain. 

Nasihat Aakj, fokus pada 'up' pemimpin tu jelah dan usah nampakkan orang lain buruk. Allah dah tegur dan ajar kamu bungkus tertiarap dengan syarikat tempat kamu kais rezeki, tiba-tiba nak buat comeback dengan cara burukkan pemimpin UMNO yang sedang difitnah dengan menggunakan kuasa mahkamah atau dengan kata mudah, pendakwaan politik.

Fikirkanlah, ketika kamu susah bersama anak bini kerana gaji tidak mampu dibayar oleh tempat kamu cari makan, siapa yang hulurkan bantuan?

Gunalah portal yang kamu bina untuk cari rezeki tanpa memburukkan orang yang pernah hulurkan bantuan kepada kamu. Lawan kerajaan PH bukan cuba hancurkan UMNO dari dalam.

Aakj ready je nak royal rumble....


 
Top