.... Wanita UMNO Seru Rakyat Bersama Pertahan Kedaulatan Islam, Sabtu Ini | AAKJ




KUALA LUMPUR 3 Mei – Pergerakan Wanita UMNO Malaysia menyeru seluruh rakyat negara ini supaya turun beramai-ramai menyertai Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam yang akan diadakan pada Sabtu ini.
Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, beliau sendiri akan mengerahkan seramai mungkin ahli Wanita UMNO bagi menyertai perhimpunan tersebut.
Tegasnya, perhimpunan itu adalah satu mesej jelas kepada pihak yang cuba menggugat kepentingan Islam dan hak Melayu serta bumiputera.
“Realiti politik pada masa ini jelas menunjukkan bahawa Islam berada dalam keadaan tidak begitu selamat di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini.

“Kita akan terus menyatakan pendirian supaya kesucian Islam dan asas-asas Perlembagaan Persekutuan tidak dicabar termasuklah tindakan kerajaan PH yang mahu meratifikasi Statut Rom, isu kes kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim, keputusan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dan pelbagai isu lain yang mencabar Islam dan bangsa Melayu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau menzahirkan sokongan terhadap usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang menganjurkan perhimpunan secara besar-besaran itu.
Perhimpunan tersebut dijadualkan bermula dari Masjid Jamek, di sini selepas Solat Zohor dan kemudian berarak sehingga di hadapan pusat beli-belah Sogo yang terletak berdekatan. – UTUSAN ONLINE

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top