Difahamkan, van berkenaan diserahkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada masjid tersebut pada 2011.
Pengerusi masjid itu, Mohd. Fauzi Mat Salleh berkata, pihaknya telah ke Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Raub pada 16 Oktober lalu bagi memperbaharui cukai jalan tetapi tidak dapat dilakukan  kerana disenarai hitam.
"Van jenazah ini memang penting kepada lebih 5,000 kariah di kawasan ini memandangkan jarak Hospital Lipis dengan kariah di sini adalah kira-kira 100 kilometer.
"Saya telah menghubungi pihak polis Bukit Aman dan merayu perkara ini dan mereka meminta saya membuat surat dan saya harap dapat diselesaikan segera,"katanya di sini hari ini.
Menurut Mohd. Fauzi, berdasarkan maklumat  polis, van berkenaan disenarai hitam bagi membantu siasatan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad  (1MDB) di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA). - UTUSAN ONLINE