.... Tindakan Tun M Pertikai Matrikulasi Dipersoal | AAKJ



KUALA LUMPUR, 7 Mei – Penganalisis politik tempatan, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mempertikaikan sistem matrikulasi untuk orang Melayu memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Jelas beliau, sistem ini diperkenalkan ketika era pentadbiran Tun semasa menjadi Perdana Menteri keempat pada tahun 1999 dan tindakan Tun ini ibarat mengakui kegagalan diri sendiri.
“Jika Tun akui matrikulasi sebagai ‘pintu belakang’ orang Melayu masuk universiti, maka itu adalah berpunca daripada tindakan pentadbiran era Tun sendiri. Tindakan Tun mempertikaikan perkara ini menimbulkan kesangsian saya, adakah Tun mendapat tekanan daripada individu-individu tertentu disekelilingnya untuk meminda program matrikulasi ini?
“Bagi saya, matrikulasi masih relevan malah kuota untuk bukan Melayu juga diberikan. Tun seperti tidak mengambil mesej yang disampaikan oleh orang Melayu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau sehinggakan masih berani mengusik hal-hal sensitif melibatkan orang Melayu,” ujar beliau kepada UMNO-Online.
Tambah Dr. Tawfik yang juga merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya, jika tindakan Tun berterusan sebegini ia memberi kelebihan kepada UMNO dan PAS untuk terus mengumpul momentum kekuatan dan meraih hati rakyat.
“Ini memberi kelebihan kepada UMNO dan PAS… maka inilah juga yang dikatakan senjata makan tuan… UMNO dan PAS tidak perlu bekerja keras kerana mereka mendapat ‘bonus’ dari kegagalan demi kegagalan yang dilakukan oleh kerajaan baru di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH).
“Maka tidak mustahil #kerajaansepenggal bakal menjadi kenyataan,” ulas beliau.
Tun sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengakui sistem Matrikulasi memang diwujudkan untuk menjadi ‘pintu belakang’ buat orang Melayu memasuki IPTA.
Beliau berkata, ini kerana ramai pelajar Melayu tidak mahu melalui Sijil Pengajian Tinggi Malaysia (STPM) untuk ke pengajian tinggi maka laluan ‘pintu belakang’ itu diwujudkan. – MediaUMNO

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top