.... RCI Wang Kelian memasuki hari kelapan | AAKJ




PUTRAJAYA: Sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis hari kelapan bersambung dengan saksi ke-23 memberi keterangan.
Pengarang NST-TV Farrah Naz Abdul Karim tampil memberi keterangan di hadapan tujuh panel RCI diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
Beliau yang berkhidmat selaku Pengarang Kanan Berita NST semasa terbabit dalam membuat laporan penemuan kubur dan kem penempatan sementara di Wang Kelian pada 2015 itu seorang daripada dua saksi yang dijadual memberi keterangan hari ini.
Bermula sejak 16 April lalu, RCI yang diperkenan penubuhannya oleh Yang di-Pertuan Agong pada 29 Januari lalu itu berlangsung di Dewan Gemilang Kementerian Dalam Negeri di sini yang diubah suai seperti mahkamah.
Pada 2015, negara dikejutkan dengan penemuan 139 kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia yang ditinggalkan di puncak Bukit Wang Burma di Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand.
Antara lain, RCI itu diadakan bertujuan meneliti semua dokumen dan bukti berkaitan dengan kes penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian. – BERNAMA

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top