.... Rakyat Disuruh ‘Ikat Perut”, Pemimpin & Ahli PPBM Sendawa Besar… | AAKJ



KUALA LUMPUR, 15 Mei – Semalam pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah mengadakan majlis berbuka puasa yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dengan penuh gah.
Majlis iftar tersebut dibuat secara besar-besaran dan cukup mewah serta meriah, sedangkan rakyat disuruh ikat perut akibat kos sara hidup yang terlalu tinggi tetapi pemimpin-pemimpin PPBM ‘tidak mempedulikan isi perut rakyat asalkan isi perut sendiri mesti kenyang.’
Dalam ucapan Pengerusinya ada mengatakan kerajaan tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk memberi kekayaan tetapi ironinya anak-anak beliau seolah-olah mendapat pengecualian apabila dilaporkan mendapat projek-projek kerajaan.
Apabila melihat laman media sosial Facebook PPBM – Parti Pribumi BERSATU Malaysia, pelbagai komen, kritikan malah kutukan dari netizen apabila melihat pemimpin dan ahli parti tersebut mengadakan iftar bermewah-mewahan.
Berikut merupakan beberapa pandangan dan komen-komen dari warganet:

Paduka Kekanda Arie Airuddin: .. Makan lebihh..ekonomi negara merosot… Minyak mahal….bila nk btl2 harga murah minyak petrol???
Kkpr Mohamad Faezah Hj Zabidin: pencacai tua angkat najis ni…kesian tgk…dah mcm cter ahmad nisfu plak….hahaha….dulu dh puas hentam duit bn…..ko caxi maki plak….podaahhh….dh tua2 buat2 lah beramal ye….umah dh suh pergi..kubur dah pgl tu…x guna klo solat tanggang terbalik hati tu busuk…ehh…bangkai pun x busuk mcm ko ni kak…wangi aq rse bila dekat…kesian org tue kite lahirkn cukop sifat…akal n pikiran yg waras…tp,sayang…..makin cetek permikiran…sedih tgk anak² bangsa melayu ni skg…xtaw dah nk ckp mcm mne….kite berkelahi kutuk sana sini….cina tepuk tgn tgk kite kak oitt…sedar lah diri tu…klo nk komen tu…bg lah yg positif….yg baik² di bulan puasa nie…aq xdalah nk kte aq ni baik..setiap manusia ad melakukan kesalahan..aq pun kdg lantang juga bersuara….tp,aq pikir sebelom aq berkate²..cakap siang pandang²..cakap malam jeling²..
Azezul Khalib: anggaplah kemenangan tu sebagai kemenangan yang HARAM setelah beri janji palsu pada rakyat dan tabur fitnah pada pemimpin2 BN. moga dipadang masyar pemimpin2 PH merangkak meminta maaf pada setiap rakyat yang ditipu dengan manifesto palsu.
Anil Roy: Nk tye skit … sblm pru mcm2 email saya terima dari Parti pribumi sebagai ahli seumur Hidup . Skrg buat Jamuan pun tidak htr email knpe ?
Lutfy Ramly: Kemenangan menipu rakyat
Anuar Azizan: Wow.. dlm negara nk muflis masih ada duit buat majlis di PICC.. Hebat, duit tabung amanah ke, ke duit jual kapal atau duit pulangan dr 1mdb???
Si Nopa: Kesiannnn…ikat perut katanya
Mohamad Shahrin: wow .. ingat ikat perut ..
Rusminah Shiro: rakyat marhaen yg ikat perut yg kaya raya terkecuali
‘Cakap tak serupa bikin” itulah yang paling sesuai ditujukan kepada PPBM apabila menyuruh rakyat marhaen mengikat perut, berjimat cermat sedangkan pemimpin mereka terus-menerus dengan cara mewah.
Tidak ketinggalan juga segelintir penyokong-penyokong mereka yang tetap mempertahankan tindakan pemimpinnya seperti:
Azri Aziz: Hanya Parti Bersatu yang boleh memperjuangkan nasib orang Melayu. Mana ada kaum lain sekarang ini berani mempersoalkan tentang Islam dan Melayu
Mohamad Hazwan Bin Hamid: Terbaik Bersatu.. Bersatu demi agama bangsa dan negara.
-umnoonline

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top