Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, ini kerana Malaysia memerlukan perdana menteri yang dimiliki oleh rakyat keseluruhannya.
Katanya, hal ini selaras dengan prinsip dan ideologi Gerakan yang terdiri daripada semua kaum dan agama.
“Sesiapa hendak jadi perdana menteri bukan isu, asalkan perdana menteri yang menjaga seluruh Malaysia tanpa mengambil kira kaum, agama dan budaya.
“Kita perlukan perdana menteri untuk rakyat Malaysia dan tidak hanya menjaga kepentingan kaum-kaum tertentu sahaja,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai pandangan peribadi parti berhubung proses peralihan tampuk pemerintahan negara itu kepada Anwar, seperti yang dijanjikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. - UTUSAN ONLINE